Thursday, August 14, 2014

Khalid dan Selangor

Sebelum ini DS Khalid Ibrahim tidak kelihatan seperti seorang politikus. Dia lebih bergaya sebagai pentadbir, yang kelihatan tidak menghiraukan isu isu politik yang bergelegak disekelilingnya. Dia hanya mentadbir dan mentadbir negeri yang kaya ini.

Apalah malangnya, akhir akhir ini sang maestro ini dianggap duri dalam daging yang boleh mencederakan perjalanan perjuangan keadilan. Dipaksa turun dari takhta MB, tapi rupanya jagoan ini telah menyising lengan untuk melawan.  Akhirnya DS dipecat dari parti.  Seribu alasan perlu dikeluarkan untuk menjustifikasikan tindakan berani mati ini.

Bagai diramalkan ramai orang bahawa tragedi ini boleh memecahbelahkan kesepakatan PR. Sesuatu yang diusahakan bertahun-tahun oleh pemerintah tapi tidak berjaya.  Tapi kali ini, PR akan berdepan dengan musibah yang digali sendiri.

Pasti pemerintah sedang mengumpul strategi untuk mengeksploitasi keadaan yang sedang huruhara dengan sebaik mungkin kerana politik adalah perang kebijaksanaan. 

Pakatan Rakyat wajar melupakan hal hal sepele demi untuk kelangsungan perjuangan.  Apa pun berlaku selepas ini, seandainya Pakatan Rakyat berpecah, itulah kemenangan UMNO.