Wednesday, May 31, 2006

Maududi

Keberanian pejuang Ikhwan Muslimin mengingatkan saya kepada sebuah teks yang ditulis oleh Jalaluddin Rachmat ( Ilmuan Indonesia ) yang menceritakan suatu episod tentang Abu A`la Maududi. Suatu hari Maududi sedang memberi ceramahnya di sebuah mimbar. Tiba-tiba terdengar tembakan ke arahnya. Semua hadirin menjadi panik, riuh dan kecoh. Mereka merebahkan dirinya kelantai untuk mengelak diri dari tertembak. Tapi Maududi tetap berdiri di mimbar dengan tenang dan tangguh. Bila ia ditanya kemudian, kenapa beliau tidak tunduk atau merebahkan dirinya. Maududdi menjawab " Kalau aku meninggalkan mimbar ini, siapa lagi yang akan berbicara disini". Buat seketika semuanya menjadi diam dan bungkam.

Justeru apabila kekejaman dan penindasan berleluasa, semua suara diam dan membisu beku, perlu sebuah suara yang lantang dan benar berani untuk menentangnya.

Sampai ketemu lagi.

Monday, May 29, 2006

A Lesson From The Battlefield

A Lesson From The Battlefield

Dalam teks ini juga ada satu perkara yang menarik perhatian ku tentang manusia perjuangan di belah bumi Palestin. Sardar ada memungut satu artikel dari The Muslim yang ditulis oleh Said Ramadhan yang bertajuk 'A Lesson From The Battlefield". Artikel ini memuatkan satu dialog antara seorang tentera Israel dengan tawanan perang tentera Arab di dalam penjara Israel, dalam Perang Arab Israel 1948.

Tawanan tentera Arab bertanya kepada tentera Israel tentang kenapa Israel tidak menyerang Sur Bahir ( suatu pekan berhampiran Jurusalem yang pada masa itu dikelilingi oleh tentera Israel yang sudah pun menduduki Tell Buyut dan Rahmat Rahel).

Lalu Tentera Israel itu bertanya " Adakah anda mahu jawaban yang sejujurnya ?". Ia mengatakan, tentera Israel tidak menyerang Sur Bahir kerana di sana ada tentera Ikhwan Muslimin.

Tawanan tentera Arab kehairanan dan bertanya" Apa bedanya, pasukan anda biasa dan cekap bertempur dengan tentera Arab lain yang lebih hebat, kuat dan tangguh".

Tentera Israel menjawab " Sukarelawan Ikhwan Muslimin berbeda dengan tentera kamu ( tentera Arab). Mereka berperang dengan semangat perjuangan yang tinggi, sama dengan semangat perjuangan kami ( tentera Israel). Tapi mereka berperang untuk mati. Mereka gila untuk mati. Mereka tidak takut mati. Malah mereka mahu mati. Mereka berperang demi untuk mati. Mereka bertempur seolah-olah sedang mengusir setan dari diri manusia. Sungguh mengerikan, berperang dengan orang-orang seperti ini. Berperang dengan mereka seolah-olah memasuki hutan belantara yang penuh dengan binatang buas. Bila-bila masa binatang buas akan menerkam kami. Mereka sebenarnya dambakan syurga".

Tawanan perang tentera Arab ni terpaku. Bila ia keluar dari penjara itu, beliau mengubah hidupnya dan bergabung dengan Ikhwan Muslimin.

Episod ini memberikan satu pemahaman kepada saya untuk memahami kenapa seluruh dunia kuffar enggan menerima HAMAS dalam Palestin. Juga dalam dunia Islam.

Mengeyam pemikiran Hassan Al Bana, Fathi Yakan, Mustafa Masyur, Qutb, Said Hawwa dan ramai lagi, membolehkan kita memahami keberanian Jundullah dari sistem tarbiyyah Ikhwan Muslimin.

Sampai ketemui lagi.

Sunday, May 28, 2006

Sardar versus Maududi

Ziauddin Sardar bertentangan pandangan dengan Maududi ( dari teks berkenaan ) pada beberapa perkara. Di antaranya ialah:
1. Maududi menyatakan Islam sebagai suatu sistem menyeluruh yang meliputi sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Sardar melihatnya sebagai suatu utopia.
2. Maududi melihat syariat Islam adalah rangka kerja yang sempurna dan dapat menyelesaikan semua masalah ummat manusia, Sardar mengatakan mana mungkin suatu hukum tradisional yang disusun ratusan tahun dahulu dapat menyelesaikan semua perkara dan fenomina baru di zaman ini.
3. Dalam isu gender, Sardar menyalahkan Maududi mempojokkan wanita di sudut atau kedudukan yang terpojok dan perlu dilindungi.

aku semakin ghairah untuk mencari Sardar.

Monday, May 22, 2006

Maududi II

Ziauddin Sardar dalam teksnya ( teks yang sedang dibicarakan ini ) menceritakan bagaimana Maududi pernah ditanya apakah sebuah negara Islam boleh dibangunkan melalui gerakan bersenjata. Maududi menjawab " Jika anda mendirikan negara Islam melalui revolusi bersenjata, negara tersebut tidak akan berkembang sesuai dengan syariat Islam, revolusi bersenjata mudah diseleweng oleh sesiapa pun, revolusi bersenjata selalunya digerakkan secara sulit dan keras dan selalunya tidak akan menerima kritikan atau bangkangan ".
Tambahnya lagi " Kekuasaan yang direbut dengan senjata, akan dipertahankan dengan senjata".
Maududi berkata demikian semasa beliau dikunjungi tetamu semasa mendapat rawatan kesihatan di UK.
Saya akan perturunkan beberapa perkara yang Ziauddin tidak bersetuju dengan Maududi, pada masa mendatang.
Sampai jumpa lagi.

Wednesday, May 17, 2006

Arma Balas

Asma Barlas, wanita Pakistan, seorang diplomat yang dipecat olih Zia Ul Haq. Kemudian menjawat assisten editor The Muslim. Beliau berpandangan bahawa syariat Islam hari ini adalah hasil rekayasa oleh jumhur ulamak atau dewan yang semuanya dianggotai oleh lelaki semasa zaman Abbasiyyah ( 749- 1258). Zaman yang menekankan seksisme, yakni faham yang mengungguli kaum lelaki dari kaum perempuan. Juga faham Misogini, faham membenci wanita. Lantaran itu syariat hari ini tidak berlaku adil kepada wanita. Suatu reformasi syariat perlu dilakukan hari ini, walaupun terpaksa berdepan seribu bantahan dan tuduhan.

Demikian Ziauddin Sardar bercerita dalam teks Desperately Seeking Paradise.

Sampai ketemui lagi.

Pisau dan Garfu

Dari teks berkenaan, Ziauddin Sardar ketemui Ismail Faruqi di sebuah cafe, selepas acara forum. Ismail Faruqi menjelaskan suatu tamsil untuk menjelaskan konsep islamisasi keilmuan. Yakni seperti contoh orang barat makan menggunakan pisau dan garfu, dengan tangan kanan memegang pisau dan tangan kiri memegang garfu. Proses islamisasi ialah menukar tangan kanan memegang garfu dan tangan kiri memegang pisau, kerana orang islam memakan dengan tangan kanan. Ziauddin Sardar menyanggah dengan mengatakan bahawa orang islam tidak menggunakan pisau dan garfu untuk makan, tapi dengan tangan sambil bersila di lantai. Untuk apa ummat islam bersusah payah menyediakan pisau dan garfu untuk makan. Banyak perkara tersirat bisa digapai dari dialog intelektual ini.

sampai ketemui lagi.

Monday, May 15, 2006

Ziauddin Sardar

Mentelusuri tek 'Desperately Seeking Paradise ; Jorneys of a Sceptical Muslim' yang digarap oleh Ziauddin Sardar menyebabkan saya semakin tidak mengenali beliau. Banyak perkara yang menimbulkan persoalan dalam usaha untuk mengenali pemikiran beliau. Dalam tek ini, beliau mempunyai serangkaian pertentangan dengan beberapa institusi, peribadi, jamaah, kerajaan dan pemikiran yang lain. Misalnya beliau amat trauma dengan faham syiah, para mullah, revolusi iran, imam khomeini. Juga bertentang pendapat dengan Ismail Faruqi, Kalim sidiqqi, Qutb, Mududi , Zia ul Haq dan ramai lagi. Pertualangan ziauddin benar-benar mengundang pertanyaan untuk mencari siapa sebenarnya ziauddin sardar. Nanti akan ku titiskan beberapa kenyataan beliau sepanjang tek ini. Saya sedang menekuni tek ini.

Sampai ketemu lagi.

Nanar

siang pasti berlalu
malam pasti datang
kemana kamu akan berlari
mencari arah tuju mu
dalam penggantian ini.