Wednesday, June 25, 2008

Teladan dari Deponogoro

Apabila Ezam masuk UMNO.
Di atas apa hujah dan alasan pun, kita tidak pasti mahu bersikap wajar atau tidak dalam menyenangi tindakan seorang pejuang (yang dianggapi selama ini), tiba-tiba memutar seluruh dunia perjuangannya. Mencintai orang yang disumpah seranah selama ini. Mendokong dengan penuh citra wadah yang paling dijijiknya. Dan pada masa yang sama membelasah kawan dan guru yang mendidiknya selama ini. Hujah bisa dicari, alasan bisa dicipta. Malah beribu buku bisa dikarang untuk membenarkan tindakan sendiri. Mungkin potongan surah- surah Tuhan dan Nabi tega dipungut dan dicantum untuk memperkaya keyakinan , atau untuk meraih kepercayaan ummah dalam membina ketokohan diri sendiri.
Begitulah manusia apabila berjalan di atas muka bumi ini. Penuh kesombongan, penuh kemunafikan.
Sejarah membekalkan kita beribu desperado yang pernah muncul dan membuat kekacauan pada semua bangsa dan zaman.
Di antara yang paling hampir dengan Nusantara ini ialah kisah pembelotan tokoh-tokoh besar dalam perjuangan Diponegoro yang hebat itu. Diponegoro dengan dibantu oleh panglima-panglima yang gagah berani dan kental darah perjuangannya tidak terkalah oleh belanda selama puluhan tahun.
Tapi akhirnya belanda berjaya menangkap Diponegoro dan mematahkan perjuangan Islam dan keadilan ini melalui pembelotan panglima gagah beraninya seperti Alibasah dan Patih Danureja.
Sejarah menyejukkan hati kita bahawa perjuangan apa pun, pasti muncul mereka-meraka yang bersifat munafik dan memenang diri sendiri.
Taufik Ismail ( seorang tokoh Indonesia ) pernah mengungkapkan bahawa apabila kita memasuki dalam mana-mana perjuangan, kita pasti berdepan dengan si munafik.

Tuesday, May 13, 2008

Naif

LAPANG SEBELUM SIBUK
Benar, kenyataan ini. Kesibukan menyambung kehidupan ini amat memerlukan tenaga dan masa yang sangat banyak. Kesempatan bersama keluarga dan surau menjadi getir. Untuk meninggalkan urusan kehidupan ini terlalu tidak mungkin.
Dalam keadaan dunia kepenggunaan yang amat kapitalis ini, kita mnejadi gila untuk menyambung kehidupan ini. kita seolah bertarung dalam sebuah permainan, dimana masing -masing akan menyelamatkan diri masing-masing.
Maka, ada yang terpaksa ditinggalkan. Di antaranya blog yang disayangi ini. justeru ini adalah medan terbuka untuk berkongsi pengalaman yang di adaptasikan dari pembacaan, pergaulan dan pengamatan.
akan digagahi

Tuesday, April 15, 2008

Hassan Al Bana

Teladan seorang pemimpin, yang menyentuh hati ku.
Diceritakan oleh Umar Telmasani ( mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimim ).
Suatu hari kami ( bersama Hassan Al bana ) keluar berdakwah di suatu tempat yang jauh. Disebabkan kelelahan, mereka menginap di sebuah hotel.
Umar Telmasani baru nak melelapkan mata, Ustaz Hassan Albana memanggilnya perlahan "Umar, dah tidur ke?". Umar menjawab " belum lagi ".
Tak lama kemudian Ustaz Hassan Albana memanggilnya lagi, " Umar dah tidur ke?". Umar menjawab "belum lagi".
Tak lama kemudian Ustaz Hassan bertanya lagi, untuk mempastikan kawannya Umar dah tidur ke belum. Umar mengatakan, disebabkan ia dah malas nak menjawab, ia diam saja.
Barangkali, Ustaz Hassan menyangka Umar sudah tidur, Ustaz Hassan telah bangun perlahan-lahan dan kedengaran beliau mengambil wudhu, dengan curahan air yang sangat perlahan. Mungkin beliau bimbang akan mengejutkan Umar yang dianggap sedang tidur.
Dan Ustaz Hassan solat malam beberapa rakaat.
hebatnya pemimpin yang besar ini.
Demikian diceritakan Umar dalam teksnya.

Saturday, March 29, 2008

Tentera Kuning

Terkejut. semuanya terkejut. Orang kampung terkejut. Orang bandar terkejut. Orang paling bodoh terkejut. Orang paling cerdik terkejut. Tapi makhluk di langit tidak terkejut. Dan tuhan yang menguasai dan mengasuh alam ini tidak terkejut. Apa yang berlaku adalah sunnah alam.
Apabila ada manusia melakukan kezaliman, apabila manusia lupa diri, apabila manusia bongkak dan sombong, maka imbalan dari tuhan akan turun bersama turunnya derai airmata manusia kecil yang disakiti. Apatah lagi apabila ada orang yang dekat dengan tuhan mengadu dan pohon pertolongan tuhan diatas Ketidakupayaan mereka untuk bertahan menghadapi manusia zalim yang angkuh dan bongkak ini.

Itulah tanah airku. Bahagia rasanya bila kita berkesempatan menyaksikan ini semua berlaku, justeru banyak iktibar dan pelajaran bisa dipungut dari tragedi ini.

Akhirnya barisan rakyat, tentera kuning, pejuang Islam mampu mengunjuk kekuatan. Meski gelombang perjuangan jauh lebih besar menunggu di depan sana.

Para tirani dan musuh Allah bisa ditunduk untuk sementara waktu.

Monday, February 18, 2008

Pilihanraya Berahsia

Akhirnya tiba juga saatnya. Saat yang paling rahsia dalam agenda negara. Meski seluruh negara yang paling modern dan paling ortodok di dunia ini tidak menjadikan titik pilihanraya sebagai rahsia negara. Tapi di tanah air ku sungguh mengharukan dan kadang-kadang menyesak dada . Memuntahkan.
Bila demokrasi datang bagaikan pelesit yang dilepas oleh tuan besarnya. Pasti ramai rakyat kecil akan digigit, dirasuk dan ditakutkan dengan wajah-wajah huduhnya. Rakyat akan hingar bingar, ketakutan dan merasa tidak selamat dan tidak menentu. Dalam hanya beberapa hari saja mereka dituntut untuk membuat pilihan, tunduk pada tuan besar dan pawang atau mencari kesejahteraan di dada tuan guru atau lebai.
sebagai rakyat yang ketakutan, pastinya rakyat akan tunduk dan pasrah kepada tiga oknum brutal itu .
Tuan besar, pelesit dan pawang akan menjalin kerjasama yang rahsia dan erat untuk mengaut faedah dalam mengugut dan mengancam rakyat kecil.
Akhirnya gengsi tuan besar dan pawang semakin tinggi membongkah awan dan membuka dada yang terbilang, gemilang dan cemerlang.

Wednesday, January 23, 2008

Menunggu Karnival

Meski semboyan belum berbunyi, genderang perang telah ditabuh. Petanda suatu kerja besar akan berlangsung. Ummah kita akan dihimbau untuk membuat pilihan menentukan kepimpinan negara melalui suatu karnival yang paling meriah di negara ini. Karnival demokrasi yang menjadi anutan kepada hampir semua negara di seluruh dunia ini. Malah kita digambarkan inilah satu-satunya cara terbaik dan paling adil untuk menentukan siapa yang paling layak memimpin kita dan negara ini.
Tapi sayang, Malaysia tidak pernah berdepan dan melalui demokrasi yang hening, suci, jujur dan demokratik. Demokrasi kita paling hodoh, paling bodoh dan paling tolol.
Rakyat ditutup mata dan mulutnya. Gelanggang medan perjuangan ternyata benjol-benjol dan serba menyakitkan. Wasit nya memalukan dan bisa dibeli dengan seutas tali hidung. Semuanya kelihatan seperti badut atau wayang.
Apalah nasib kita, terpaksa menyaksikan semua ini secara terbuka dan terluka.
Demokrasi bukan lapangan yang aman sejahtera untuk kehidupan ini.

Saturday, December 15, 2007

Perjuangan

Memang benar perjuangan apa pun pasti berdepan dengan tantangan, cabaran atau kegetiran. Selalunya hanya mereka yang terpilih saja mampu mengharungi segala kesakitan dalam perjuangan itu. Kalau Mao terpaksa mengorban ribuan maoisme dalam exodus bersejarah itu, Khomeini bersedih atas kematian tanpa alamat ratusan ribu revolusioner Islam Iran, Che Gubara menyaksikan ratusan leftisme roboh di hujung senapang kolonial.
Itulah perjuangan namanya. Warisan bumi manusia zaman berzaman.
Termasuk para ambiya', manusia terbaik pilihan tuhan, pun terpaksa menjalani kesakitan ini, kerana inilah satu-satunya jalan perjuangan.
Apabila Zainab alGhazali dijatuhi hukuman penjara 25 tahun, oleh sebuah pemerintahan umat Islam atas tuduhan yang dibuat-buat ( terlibat merancang pembunuhan Naseer ), serikandi ini mengungkapkan dalam 'detik-detik hidupku', "matlamat kami lebih besar dari itu, yakni urusan tauhid di atas muka bumi ini, menegakkan alqur'an dan sunnah rasul. Sesungguhnya ini adalah urusan pemerintahan Allah. Tidak ada pemerintahan melainkan pemerintahan Allah."
"Pembunuhan Jamal Naseer adalah perkara kecil dan orang Islam tidak perlu melakukannya. Perkara yang lebih besar ialah soal Islam. Negara Islam belum berdiri, jadi kami bekerja untuk mendirikan kerajaan Islam"
Ini adalah warisan perjuangan dari ambiya' untuk ummah Islam dari seluruh zaman. Dan pasti kegetiran yang berupa ujian itu akan menyusul datang bagai gelombang demi gelombang.
Ada sebahagian dari kita telah menjalani denai penuh kerikil ini dengan tabah dan tulus.
Percayalah, syurga Allah itu mahal harganya.

Friday, November 23, 2007

Revolusi Tuhan

"Dalam setiap pergerakan rakyat dan revolusi tuhan, para ulamak adalah orang pertama yang dahinya berlumuran darah dan pertama meraih gelar syuhada".
Demikian Imam Khomeini pernah mengungkapkan, semasa mengobarkan perjuangan revolusi rakyat Iran menentang pemerintahan rejim Shah Pahlavi. Kekuatan Shah, sebagai kekuatan sebuah kerajaan yang memiliki segala-galanya, akhirnya ranap di ujung tapak kaki para mullah dan rakyat yang bersatu dalam satu gelombang kebangkitan yang bernama revolusi tuhan. Revolusi ini mengorbankan banyak syuhada, banyak melahirkan janda dan anak yatim.
Itulah perjuangan. Setiap perjuangan dambakan pengorbanan. Dan nilai pengorbanan inilah yang menentukan kedudukan dan nilai syurga yang akan diraih oleh pejuang-pejuang. Tuhan pasti tidak akan mempertanggungjawabkan kepada pejuang samada berhasil atau tidak sesuatu perjuangan itu. Yang Pasti, tuhan akan mempertanggungjawabkan kepada pejuang-pejuang bagaimana anda berdepan dengan perjuangan ini.

Wednesday, November 14, 2007

Ulamak Penjilat

Sayyid Muhammad Kazhim Syariat Madari, seorang ulamak syiah penjilat dan menyokong kerajaan Rejim Shah Pahlavi mengatakan " seluruh rakyat dikehendaki bertenang dan menjauhi demonstrasi jalanan, kerana roh yang suci tidak secocok untuk berdepan dengan peluru ". Beliau berkata demikian semasa berdepan dengan revolusi Islam, yang dipimpin oleh Imam Khomeini. Malah beliau dalam satu kenyataan yang lain mengatakan " jangan mencela atau berprasangka burok kepada paduka Raja Shah yang mulia ". Petikan buku Imam Khomeini oleh Ayatullah Ahmad Khomeini ( anak lelakinya ).
Membaca teks ini, sangat berbaloi untuk mengenal liku-liku perjuangan Islam yang terpaksa berdepan dengan peluru dan mortar muntahan dari ulamak keji yang cinta dunia, munafik, berpura suci, penjilat penguasa tirani dan tega menentang perjuangan Islam, perjuangan qur,ani.

Monday, November 12, 2007

Laskar Kuning

Terlalu lama tidak melihat padi menguning. Sebagai anak desa, yang tumbuh dari hamparan saujana kuning-kuningan dari persisir laman rumah bunda sampai mencecah kaki bukit yang melatari desa kami.
Semuanya menjadi momen indah yang paling dirindui.
Lautan kuning-kuningan mengusik rinduku.
Kuning menakluk Masjid Jamik, menakluk Masjid Negara, mengalir ke Istana dengan nafiri gagah berani yang mencari keadilan.
Biar langit menangis, biar dihadang dengan kerikil tajam, mereka adalah manusia berjuang.
Mereka pahlawan gagah berani, yang hanya takut kepada penguasa langit dan bumi.
Tapi ingat "Yang menjaga keadilan ialah sultan atau kekuasaan. Itulah sebabnya Islam tidak memisahkan negara dan ugama. Islam mewajibkan menegak negara Islam untuk menjaga keadilan" ( hamka dalam tafsir azhar ).

Sunday, October 28, 2007

Machiavelli

Machiavelli.
Nama besar yang tersohor. Rasanya tiada mereka yang dihinggap cita politik yang tidak mengenal nama besar ini. Max Lerner menganggap manusia ini sebagai Bapa Kekuasaan Politik.
Tapi sayang, Hannah Arendt dan Plamenatz menganggap manusia bernama Machiavelli ini adalah pengecut dan penjilat tirani terbesar iaitu Lorenzo de Medisi , melalui buku The Prince.
Penjilat ini pernah mengatakan Jangan takut menjadi penguasa yang tidak disayangi, asal jangan dibenci rakyat.
Penguasa mesti bijak menggunakan sifat manusia dan sifat binatang dalam menghadapi rakyat.
Manusia seperti ini semakin

Sunday, October 21, 2007

Pahlawan Tanpa Nama

Muhammad Hatta dalam suatu teksnya, mengungkapkan " Pergerakan kita tidak boleh semata-mata pergerakan pemimpin, yang hidup mati bergantung kepada pemimpin. Akan tetapi pergerakan kita harus menjadi pergerakan pahlawan yang tidak punya nama. Artinya pergerakan rakyat-rakyat itu sendiri. pergerakan rakyat yang tidak bergantung kepada pemimpin. ".

Friday, October 12, 2007

Imam Hanafi

Hakim kita dan iktibar dari Imam Hanafi
Pada 130/747 Hijrah Yazid bin Umar bin Hubairah seorang garvenor Umayyah di Iraq,telah menawarkan jawatan kadi kepada Imam Hanafi, dengan tujuan untuk meraih pengaroh dari Imam Hanafi dan pengikutnya. Garvenor ini telah menawarkan " Di sini aku memberi mohor ku pada mu. Tiada undang-undang berkuatkuasa tanpa pengesahan dari mu. Tiada wang ( peruntukan ) akan keluar tanpa izin mu ". Begitu besar kekuasaan yang ditawar kepada Imam Hanafi.
Tapi Imam Hanafi menolak, lalu beliau dipenjarakan.
Ini telah menimbulkan kekecuhan di kalangan rakyat di wilayah Iraq ini. Lalu sebilangan ulamak yang berkhidmat dengan gavernor datang menemui Imam Hanafi. Mereka menasihati Imam dengan berkata " Jawatan yang kami pegang ini sebenarnya jijik bagi kami, seperti yang anda anggap itu juga. Tapi kami menerimanya secara terpaksa. sepatutnya anda juga harus menerimanya dan bersikap seperti kami ".
Tapi Sang Imam menjawab " Seandainya Khalifah meminta aku mengira berapa banyak pintu gerbang Masjid Wasit sekali pun, aku tidak akan lakukan. Jadi bagaimana aku boleh bersetuju menerima jawatan ini, apabila dia mengarahkan aku menjatuhkan hukuman mati kepada orang yang tak bersalah, dan aku pulak mengesahkan hukuman itu. Demi Allah aku tidak akan menerima apa-apa bahagian dari tanggungjawab ini."
Akhirnya Khalifah mendengar kontroversi ini, lalu beliau mendesak Imam Hanafi menerima jawatan kadi bagi wilayah Kufah, dengan ugutan atau ancaman penjara dan sebat.
Sang Imam dengan gagah berani dan tegas berkata " aku lebih mudah menahan kesakitan sebat di atas dunia ini berbanding sebatan di akhirat nanti ".
Imam Hanafi telah dijatuhi hukuman sebatan sepuloh kali sehari selama sebelas hari.
Sang Imam adalah kadi atau hakim yang takut dengan Allah S.W.T.

Sunday, October 07, 2007

Snouch Masih Ada

Snouch Hurgronje
Banyak telah diperkatakan tentang peranan Snouch.
Perhatikan sebahagian apa yang pernah dilakukan snouch dalam gerakannya untuk menghadang pergerakan Islam di Acheh, bumi tanah rencung.
Beliau telah membawa seorang ulamak dari tanah Arab yang bernama Habib Abdul Rahman yang diberi wewenang untuk berceramah dan mengimarah masjid di Aceh,dengan fikiran-fikiran Islam versi penjajah bagi menghadapi perjuangan Islam ummah Acheh.
Seorang ulamak tempatan dianugerah kebesaran Ratu Belanda dan kemudahan fasiliti, kerana belot kepada perjuangan Aceh dan juga pernah belot kepada belanda. Jenis lompat-lompat. Ulamak yang suka menukar wajah ini bernama Teuku Omar johan Pahlawan.
Malah Snouch dengan ambisi tinggi telah menasihati belanda agar jangan menekan Islam secara terang-terangan, tapi perlu memutuskan hubungan ummah Aceh dari dunia Islam belahan dunia lain. Jelasnya lagi, apa yang ditakuti ialah Islam politik, bukan Islam syariah.
Strategi Snouch masih diketemuikah lagi hari ini?.

Thursday, September 27, 2007

Firaunisme

Fir'aun
Sheikh Muhammad alghazali pernah mengungkapkan "Fir'aun memang suatu penyakit jiwa yang menghinggapi semua penguasa yang suka bertindak sewenang-wenangnya. Malah si Fir'aun ini akan berulang-ulang mengistiharkan kepada rakyatnya bahawa " aku tidak mengemukakan kepada kalian selain yang ku pandang terbaik untuk kalian dan aku tidak menunjuk kepada kalian selain jalan yang benar dan betul untuk kalian " ( QS 40:29 ) .
M.Natsir dalam buku Percakapan antara generasi menyebut dalam kitab Qishashul anbiya penulisnya mengatakan fir'aun itu menjadi Fir'aun yang menganggap dirinya tuhan, yang memiliki semua kekuasaan, bukan semata-mata kesalahan fir'aun saja, tapi juga kesalahan rakyatnya yang tidak berani mengatakan tidak kepada fir'aun.
Fir'aun di mana-mana.
Rakyat yang tidak berani mengatakan tidak di mana-mana.

Thursday, September 20, 2007

Ramadhan Berbisa

Ramadan hanya pakej budaya?.
Ramadan datang lagi, disambut oleh warga muslim dan bukan muslim sebagai acara festival tahunan dengan pelbagai acara dan agenda. Acara pesta makanan dan minuman yang amat meriah dimana-mana, baik dipasar malam atau hotel. Pesta jualan murah yang amat meriah d gedung-gedung kapitalis, walau sebenarnya tidak murah. Pesta kapitalis besar dan kecil ( penjaja ) bersikap tamak dan loba, dengan menaikkan harga barang. Orang politik mengumpan rakyat marhain dengan sogokan murahan. Semuanya kerana ramadan.
Warga muslim kemasjid untuk bertarawikh, dengan hasrat untuk merangkul pahala dan rahmat , tapi imam dan makmun berlumba-lumba seperti dikejar hantu ditengah-tengah kebisingan kanak-kanak tanpa kawalan. Apakah mungkin tarawikh ini boleh menjadi medium tuhan untuk menawarkan rahmat dan keampunan buat ummah ini.
Ramadan sudah berulangkali datang dan pergi. Tapi ummah islam masih tiada perubahan. Ummah islam masih bejat moral, masih hina dan dihina, masih keliru memilih pimpinan yang ramadan sifatnya, masih gagal dididik dalam sekolah ramadan yang setiap tahun diturunkan dari langit ini.
Kerana, ramadan disambut sebagai budaya yang diwarisi turun temurun. Menjadi ritual agama semata-mata. Ramadan tidak dirindui dengan cucuran airmata. Ramadan tidak disambut dengan sifat hamba Allah kepada Khaliknya.
Sampai bila?.

Tuesday, September 11, 2007

Pengkhianat Tuhan

'Setiap negara selalunya didasari oleh kekerasan'. Demikian kata trotsky.
Rusuhan entah kali keberapa berlaku di tanah bertuah ini, adalah manifestasi dari sebuah pertembungan diantara penguasa dan rakyat yang dikuasai dengan cara yang amat ganas. Tidak pasti apakah Trotsky telah menjadi panutan seseorang untuk menguasai segalanya. Atau Machiavelli yang mengatakan penguasa mesti bijak untuk menggunakan sifat manusia dan sifat binatang dalam menghadapi lawan.
Apa mungkin rakyat yang tertindas telah menganut marxisma yang mengungkapkan bahawa perundingan adalah urusan orang-orang yang pengecut.
Merenungi kata-kata Syeikh Muhammad al Ghazali "Pengkhianat tanah air dan bangsa terus dihukum, dicerca dan didakwa. Apalah ada pada tanah air itu, hanyalah sekeping tanah. Apalah ada pada sebuah bangsa itu, hanyalah sekelompok manusia. Bagaimanakah orang yang berkhianat kepada Allah , tuhan yang menguasai tanah dan bangsa ini."
Tidak mampukah kita sebagai manusia

Sunday, September 02, 2007

Jalut dan Padang Tih

Dirgahayu Malaysiaku
Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke lima puloh, merupakan titik peralihan yang amat baik dan tepat bagi perubahan peradaban ummah ini. Justeru tempoh lima puloh tahun adalah jeda masa dimana sesuatu generasi itu berlalu dan diganti oleh generasi baru yang terdidik dengan acuan dan proses yang berbeda dengan generasi lama. Sepatutnya pada titik peralihan ini, berlaku transformasi besar-besaran, perubahan minda dan budaya kepada sesuatu generasi baru bangsa itu.
Hamka dalam Tafsir Azharnya mencatit bahawa kegagalan pengikut Musa a.s untuk menawan Palestin setelah mengharungi lautan yang terbelah kerana generasi tersebut sememangnya tidak mempunyai jiwa pejuang yang kental dan jati diri yang kuat, kerana terlalu lama hidup dibawah asuhan penjajahan firaun. jiwa dan minda mereka terjajah separah-parahnya. Mereka lebih dambakan sayur dan bawang di Mesir daripada tanah yang dijanjikan.
Akhirnya tuhan terpaksa merendam mereka di lembah tih selama empat hingga lima puloh tahun, dengan tujuan untuk menanti kelahiran generasi baru yang terdidik ditangan nabi dan terlatih dengan makanan manna dan salwa.
Dan generasi islam yang baru, yang bebas dari igauan dan didikan penjajahan telah bangkit dengan darah perjuangan dan akhirnya berjaya menakluk tanah yang dijanjikan dibawah komando seorang pemuda bernama jalut.
Malaysia, sudah lima puloh tahun merdeka dari penjajahan. apakah sudah bangkit seorang pemuda bernama Jalut.

Saturday, August 25, 2007

Ali Benhaj dan Parlimen

Beberapa detik lagi kita akan berdepan dengan pilihanraya besar yang akan menentukan halatuju dan keinginan rakyat Malaysia dalam memilih kepimpinan negara. Sekali lagi pertarungan pasti berlaku, samada secara kekerasan, tipu helah atau hormat menghormati. Semuanya dalam merebut kerusi parlimen dan kerusi dewan undangan negeri, yang akan memberi kuasa dan menguasai sesiapa saja yang bernaung dibumi Malaysia ini. Mengingati pidato Ali Benhaj pada suatu masa dulu "Saya ingin tegaskan pada anda semua, saudara-saudara ku, bahawa kita tidak perlukan parlimen, kalau tujuan parlimen itu hanya semata-mata untuk membungkam agama Allah. Apakah kelak tuhan akan menghakimi kita pada hari kiamat atas keberhasilan menduduki parlimen atau gagal sama sekali. Bagi kita parlimen adalah saranan bukan tujuan. Tujuan kita adalah menegakkan hukum tuhan ". Selamat berjuang untuk pejuang

Monday, August 13, 2007

Kekerasan Politik

Kekerasan demi kekerasan
Saban hari dunia digetarkan dengan kekerasan. samada kekerasan oleh manusia untuk mencapai segala tujuan atau kekerasan oleh tindakan alam semulajadi untuk mengembangkan dirinya. Apakah benar kekerasan adalah sesuatu yang tidak diingini, sesuatu yang jelek perlu dielakkan.
Justeru kekerasan selalu dan sering diperlukan untuk mencapai objektif. Malah dalam mencapai tuntutan agama pun, kita terkadang memerlukan kekerasan. Bukankah hukuman, peraturan dan denda itu sebahagian dari kekerasan yang amat memeritkan.
Max Weber menyebutnya, penguasaan manusia keatas manusia lain didasari oleh saranan yang sah, yakni kekerasan.
Apatah lagi mencapai tujuan-tujuan politik. Manusia berwenang dan punya kapasiti untuk bertindak dalam pelbagai bentuk kekerasan, demi mencapai matlamat politik.
C.Wright Mill mengatakan semua politik pada hakikatnya adalah pertarungan kekuasaan dan hal yang paling pokok dari kekuasaan adalah kekerasan.
Trotsky, setiap negara selalu didasari oleh kekerasan.
Mao Tze Tung, kekuasaan itu berada di ujung senapang.
Ted Hunderich, lebih menggemaskan bahawa kekerasan juga mampu hadir dalam sistem demokratis.

Sunday, July 22, 2007

Murtad

Murtad
Isu besar yang menarik seluruh perhatian ummah Islam ialah permurtadan. individu yang murtad memperoleh kejian dan cemohan. Malah diproses dengan peruntukan undang-undang. Begitulah ummah Islam bangkit dan menangani persoalan besar ini. semuanya bangkit dengan penuh kemarahan.
Tapi pernahkah ummah ini bangkit dengan penuh kemarahan kepada individu, organisasi, kelompok, institusi yang bergerak dengan missi untuk memurtadkan ummah Islam ini. Undang-undang tidak pernah menyentuh mereka-mereka ini. Hatta ulamak pun membisu untuk menghala kepada punca dan muara permurtadan ini. Kalau Nabi boleh membakar masjid dirar yang dianggap institusi yang berniat jahat dengan penyusunan untuk menghancurkan Islam, apakah ummat islam tidak boleh menghukum mana-mana institusi, individu atau organisasi yang bergerak secara tersusun dan senyap-senyap untuk menghancurkan Islam ini.
BANGKITLAH WAHAI UMMAH.

Monday, July 16, 2007

Masjid Merah Di Roboh

masjid merah
Setelah lama terhalang memasuki blog ini, rindu amat mencengkam dan sengsara terasa. Justeru apabila blog dapat dimasuki, membuatkan jiwa melonjak ingin meluah rasa.
Menyaksi masjid merah dibumiratakan oleh sebuah kerajaan yang mendakwa Islam, membuktikan bahawa Islam amat hina dan dina. Malang dan terbuang. Barat tidak perlu menurunkan hujanan peluru untuk membunuh ummah Islam, cukup dengan sepotong roti yang disuap ke mulut munafik, pasti si munafik itu akan tega membunuh dan menghancurkan hatta seluruh ummah Islam di atas muka bumi ini, dengan pelbagai alasan yang amat bijaksana. Tragis yang pongah ini berlaku dimana-mana. Berlaku di Indonesia, berlaku di Asia Barat, berlaku di Eropah timur. Pasti akan berlaku di pojok mana di dunia ini.
Ironisnya, kita belum pernah menyaksikan kerajaan yahudi, Buddha, Kristian atau hindu meroboh atau meranapkan tempat suci mereka atau tempat ibadat mereka. Gereja, kuil, sinogog, rumah berhala, tokong dan biara tenteram dan aman dibawah kerajaan mereka dan kerajaan Islam. Tapi sayang, masjid dan surau belum tentu aman sejahtera di bawah kerajaan Islam, apa tah lagi dibawah kerajaan kufar.
Pakistan membuktikannya.

Wednesday, April 25, 2007

Chiang Kai Sek

Chiang Kai Sek, pemimpin koumintang tanah besar China pernah mengungkapkan dalam satu ceramah beliau, bahawa mentornya Dr.Sun Yat Sen pernah berkata " mana mungkin langit yang maha tinggi dan maha besar itu bisa ditampung oleh sebatang tiang. Kita memerlukan banyak tiang untuk menegakkan langit besar yang kita junjung ini ". Pesan keramat ini bisa dipakai dalam mana-mana perjuangan, terutama perjuangan membangun bangsa dan ugama ini. Perjuangan yang maha berat ini amat memerlukan ramai tenaga besar dan utuh untuk menjadi tiang buat mendukungnya. Hassan Al Bana dalam risalah taalimnya juga pernah menghimbau para ikhwan untuk menjadi batubata yang sempurna dibakar di dalam sistem yang betul untuk disusun dalam suatu bangunan yang kukuh dan mantap. Semuanya memerlukan proses dan persediaan yang amat rapi, strategik dan mampan.

Sunday, April 08, 2007

Ibn Khaldun

Pembangunan sesuatu bangsa seperti juga tumbesaran seseorang manusia. Pasti mengalami perkembangan proses demi proses atau tahap demi tahap. Selalunya bermula dengan kebangkitan yang amat sukses, kemudiannya menjadi lemah dan akhirnya runtuh.

Ibn Khaldun membahagikan perkembangan sesuatu tamadun itu kepada :

1. Kelahiran tamadun yang dibangkitkan oleh faktur asobiyyah yang amat tinggi dan rakyat memperjuangkan dengan penuh perjuangan dan lahirlah sebuah tamadun yang besar dan utuh.

2. Kehidupan bertamadun memberi kekuasaan dan kemakmuran kepada pemerintah. Pemerintah akan menjadi selesa tidak kreatif, hilang semangat juang, lemah dan korup. Sementara rakyat menjadi leka, hedonisma, bermewah-mewah dan semangat nasionalisma menjadi lemah dan hilang.

3. Keruntuhan tamadun terus berlaku apabila kelas pemerintah dan bargouis menjadi semakin lemah, terlalu korup dan pemerintah menjadi tirani dengan memaksa rakyat dengan pelbagai peraturan tirani untuk mengatasi kelemahan diri sendiri. Pemerintah hidup dalam kemewahan dan rakyat menjadi rosak dan binasa.

Akhirnya tamadun itu pun runtuh.

Toynbee bersependapat dengan Khaldun, bahawa agama dan moral mampu mengekang kejatuhan sesuatu tamadun.

apakah bangsa kita masih memperjuangkan sesuatu yang asing dari kekuatan dalaman bangsa ini sendiri dalam perjuangan bangsa dan ugama ini.

Wednesday, March 21, 2007

Islam dan Perjuangan

Setiap perjuangan memerlukan persiapan yang besar. Perjuangan dalam bentuk apa pun mendambakan persiapan besar-besaran itu. Kadang-kadang banyak perkara dikorbankan demi mencapai tujuan. Pemimpin yang besar justeru wajar melihat perjuangan dengan mata elang yang bebas dari permukaan bumi, menerawang di angkasa. Mampu melihat dan membaca bukit, lautan, daratan dan angkasa. Pemimpin begini kelihatan gagah, gah dan wibawa. Malah kelihatan bijak dan tangkas. Namun ia berehat dan tidur di ranting pohon atau di celah batu di bukit-bukit hamparan bumi. Ummah membutuhkan pemimpin persis elang yang bersahabat dengan langit dan bumi.

apatah perjuangan islam yang maha besar ini. Ann Wan Seng pernah menyebut dalam suatu forum di TV, bahawa Islam adalah agama perjuangan. Sesiapa yang memeluk islam, bererti ia memasuki sebuah perjuangan. Dan setiap perjuangan meminta korban. Kemanisan dan kehebatan islam hanya dapat dirasakan dan dinimmati oleh orang yang berjuang.

Dan kenapa kita mesti menanggalkan baju perjuangan ini, hanya kerana takutkan kekalahan. Tengku Abdul Jalil dari Acheh adalah suri teladan perjuangan ini.

Sunday, March 04, 2007

Tengku Abdul Jalil dan Perang Acheh

Dalam Perang Aceh, Bumi Tanah Rencong menentang Jepun, Tengku Abdul Jalil bersama seratus muridnya bersuluk di sebuah pondok di kampung Bayeu. Mengikut kepercayaan orang Aceh dulu kala, apabila seseorang tengku atau kerabat raja memasuki tarikat atau beramal dengan bersuluk, bererti suatu agenda besar sedang diatur dan disusun, selalunya demi untuk agama, bangsa dan tanahair nya.
Tengku Abdul Jalil sedang menggerakkan rakyat Aceh untuk bangun menentang Jepun. Lalu Tengku Hassan dan rombongan beberapa ulamak mendatangi Tengku Abdul Jalil bagi memujuk beliau supaya membatalkan niatnya itu dan menganggap usaha itu amat sia-sia.
" Kalau Tengku tidak menyerah, kampung Bayeu dan pondok Tengku ini akan dibakar Jepun"
"Saya akan melawan "
"Perlawanan kamu nanti adalah perlawanan sia-sia "
"Melawan bukan sia-sia. Menyerah lah yang sia-sia. Menyerah belum tentu syahid. Tetapi melawan sudah tentu syahid".
Demikian dituturkan Hamka dalam buku kenang-kenangannya.
Tengku Abdul Jalil adalah simbol perjuangan dalam bentuk apa pun. Menyerah adalah sebuah kekalahan. Berjuang adalah sebuah kemenangan. Pasti menang di sisi Allah, meski kalah di sisi manusia.

Wednesday, February 28, 2007

Pahlawan Tidak Bernama

Muhd hatta pernah mengingatkan pejuang-pejuang di bumi Indonesia " bahawa pergerakan kita tidak boleh semata-mata pergerakan pemimpin, yang hidup mati bergantung kepada pemimpin. Akan tetapi pergerakan kita harus menjadi pergerakan pahlawan yang tidak punya nama, artinya pergerakan rakyat sendiri. pergerakan rakyat yang tidak bergantung kepada pemimpin ".

Amanat ini wajar menjadi perhatian pahlawan bangsa tanah air kini yang sedang menghadapi tahap-tahap perjuangan yang sering berubah dan anjal medan tempurnya.

Monday, February 05, 2007

Hamka dan Soekarno

`Kenang-kenangan Hidup` dari Hamka mencoretkan khazanah perjuangan bangsa yang terlalu baik untuk direnungi sebagai teladan perjuangan.

Sebahagian di sini sambungan dialog Hamka dengan Soerkarno, pemimpin besar ummah nusantara.

Hamka menggetuskan " Tapi tiada tanda-tanda Jepun akan memberikan kemerdekaan kepada kita. Jepun hanya banyak meminta, tapi tidak pernah memberi. "

Soerkarno " Kita berkorban lagi dan terus kita berkorban lagi".

"Tapi rakyat tidak tahan lagi menderita berat ". Hamka .

"Kita tidak boleh berputus asa. Di dunia ini banyak soal-soal besar cepat berubah di luar perkiraan kita. Kita tidak boleh berputus asa. Pemimpin tidak boleh berputus asa."

"Tapi lihatlah kehormatan bangsa kita telah dipermainkan. Perempuan -perempuan kita dirosakkan. Gadis-gadis banyak menjadi korban. "

Soerkarno dengan tegas " Pemimpin mesti berjiwa besar. Pemimpin tidak boleh melihat kerugian semata-mata kerana demi untuk mencapai keuntungan yang lebih besar. Untuk merubah nasibnya, bangsa kita mesti menempuh kesengsaraan terlebih dahulu. Akan hancur dan remuk mana yang tidak tahan. Sejarah akan menjaring dan meninggalkan mana yang kuat. Itulah yang tinggal untuk meneruskan cita-cita ".

Soekarno

Soerkarno menyatakan sokongannya pada Jepun dalam perang dunia di rapat-rapat umum. Ini telah menimbulkan keresahan rakyat yang sememangnya anti jepun. Hamka telah mendatangi Soerkarno untuk mendapat penjelasan sebenar tentang sikapnya itu.
Soerkarno menjelaskan " dalam menghadapi suatu haluan, kita tidak boleh ragu. seorang pemimpin harus berpandangan jauh. Saya tidak pandai berkata-kata, kalau bukan datang dari hati saya.. Kalau saya membantu Jepun bukanlah semata-mata untuk jepun, tapi untuk rakyat yang saya cintai. Dengan adanya peperangan, rakyat mesti pandai menyesuaikan diri dengan suasana berperang. Rakyat mesti bersemangat perang. Kalau tidak, rakyat akan sengsara dan hancur jiwanya. Hal seperti ini dapat membangkitkan suatu bangsa sehingga naik, tapi juga bisa meruntuhkan. saya sudah siap mengambil sikap memihak kepada jepun".
Lalu Hamka bertanya " bagaimana kalau Jepun kalah?".
Soerkarno menjawab " Meski pun Jepun kalah, namun jiwa dan semangat rakyat bukan semangat yang dulu lagi. Yang kita tuju ialah kemerdekaan. Kalau Jepun menang, mau tidak mau Jepun pasti mengakui kemerdekaan suatu bangsa yang telah kukuh semangatnya. Dan kalau Jepun kalah, pihak belanda atau sekutu yang datang kemari, mereka tidak lagi dapat membelenggu semangat rakyat yang telah sedar. Menyedarkan semangat ini lah menjadi kewajiban saya sekarang ini. "
Hamka mencelah " Kalau Jepun kalah, anda empat serangkai akan ditangkap dan dihukum mati "
Soerkarno " Hal seperti itu tidak boleh menjadikan kecutnya hati seorang pemimpin. Pemimpin harus bertanggungjawab dan berani menempuh pengorbanan untuk kepentingan bangsanya."
" Kalau jepun menang, kami akan terus memimpin bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan. Kalau Jepun kalah dan kami menjadi korban, masih banyak lagi pemimpin lain yang akan tampil untuk mengganti kami. dan tentunya bong ( Hamka) sendiri yang akan tampil kemuka mengganti kami dan mencapai kemerdekaan Indonesia mengikut zaman kamu."
Demikian sebahagian dari catatan Hamka dalam buku `Kenang-kenangan Hidup` yang sempat dicoretkan di sini.

Monday, January 22, 2007

Clash Of Civilization

Pertembungan Islam dan barat hari ini banyak diperkatakan oleh sarjana bermuarakan apa yang pernah ditanggap oleh sarjana-sarjana barat dini hari lagi sebelum ini. Diantara futurustik barat yang paling dinisbahkan ialah Samuel Huntington . Di bawah ini akan diperturunkan beberapa pandangan beliau dalam beberapa teks terbaik yang pernah digarapnya.
"the gulf war was not the world against Iraq, but really the west against Islam"
" the next world war, if there is one, will be a war between civilizations"
"The west must meet this challenge, by promoting greater cooperation and unity within its own civilizations and by limiting the expansion of the military strength of confucian and islamic state".
Tapi pandangan ini dibantah oleh Foud Ajami " the actors in international politics are state, not civilizations" dan "civilizations do not control states, states control civilizations".
Pastinya barat tidak akan hilang akal untuk membumiratakan ummah islam di pojok mana pun di muka bumi ini.

Tuesday, January 02, 2007

Ideologi Soekarno

Diantara ungkapan Soekarno yang sempat dipetik dari teks tersebut, mampu mengangkat semangat juang kita:

"Berjuanglah tanpa mengira untung rugi bagi mu".

"Revolusi adalah perubahan sampai ke akar umbinya, baik dalam politik atau ugama"

"Saya naik ke langit, mikraj dalam pemikiran" ( merentasi pemikiran tokoh dunia dalam pelbagai ugama ).

"Imperialisma ibarat naga, kepalanya tertancap di negeri terjajah, ekornya di negeri induk mereka".

"Saya tidak membenci belanda ( barat ) tetapi membenci kolonialnya"

"Jangan sekali-kali kamu meninggal sejarah"

Monday, December 11, 2006

Soekarno Pejuang Marhaen

Kemerdekaan bukan bererti membebaskan tanah air dari penjajah semata-mata, tetapi membebaskan ummah ini dari kapitalis dan imperialis. Demikian Soerkarno mengubarkan sebahagian dari perjuangannya di seluruh Indonesia. Tambahnya lagi, bahawa kolonial menjajah semata-mata untuk mengisi perut mereka yang selalu lapar. Mereka berkerjasama dengan kapitalis untuk memeras tenaga rakyat dan menyedut kekayaan negeri yang dijajah. Lalu rakyat ( terutama rakyat bawahan yang digelar marhaein ) perlu digerakkan untuk menentang kapitalis dan imperialis.

Demikian dalam buku Soerkarno Seratus Tahun, memperingati perjuangan seorang putera bangsa yang mencipta sejarah kemerdekaan Indonesia.

Soerkarno banyak memunggah idealisma Lenin, bahawa sosialisma tidak bisa dicapai melalui demokrasi. Justeru demokrasi hanya akan menguntungkan bargouis atau kapitalisma. Contohnya Revolusi Perancis memperlihatkan rakyat kecil atau proletariat diperkuda oleh kaum kapitalis yang menggemburkan demokrasi.

Contoh terdekat ialah orde baru Indonesia memperkayakan bargouis diatas nama kepentingan nasioanal.

Terlalu asyik mengenyam teks ini, kerena kita didedahkan peristiwa sejarah yang bisa dipelajari untuk pembangunan bangsa.

Saturday, December 02, 2006

Islam Nusantara

Teosofi Pembaharuan, nama teks terbaru sedang saya tekuni. Penulis ada menyatakan pada permulaan teks, dengan memetik pandangan beberapa sarjana, bahawa islam di nusantara belum benar-benar murni, dengan alasan syariat islam banyak dibumbui ajaran-ajaran animisma, buddha dan hindu yang menjadi panutan ummah nusantara terdahulu. Ini disebabkan oleh islam nusantara dibawa masuk oleh pedagang dan sufi yang tidak militan dalam perjuangan penyebaran islam. Berbeda dengan kemasukan islam di lain-lain daerah seperti di Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika. Daerah-daerah ini menerima islam dari operasi militer atau kekuasaan politik. Samada dakwaan ini benar atau tidak terserah pada kajian yang perlu kita telusuri, demi untuk memahami corak dan karekter ummah Islam nusantara dan ajaran islam nusantara yang bercampurbaur dengan kepercayaan luar yang non Islam.
Justeru, bangkit perjuangan untuk memurnikan islam di nusantara melalui pelbagai pertubuhan dan peribadi tersohor lagi wibawa.

Tuesday, November 07, 2006

Dari Alwi Shihab

Seorang anak muda berbangsa Russia datang berjumpa Alwi Shihab di Temple University USA, lalu menceritakan bahawa ia berada dalam kekeliruan tentang agama. Ia telah mempelajari semua agama dan didapati semua agama mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi ia terpikat dengan Islam kerana melihat kebahagiaan tampak pada wajah dan perilaku Alwi shihab, dan ia yakin kebahagiaan itu datang dari ugama yang dianuti seseorang. Tapi Alwi meminta beliau mengkaji Islam dengan lebih mendalam lagi dan membekalkan beberapa buku yang sesuai sebelum mengambil keputusan yang tepat. Beberapa bulan kemudian pemuda ini datang balik, dan mengatakan beliau berminat dengan BAHAI. Sambil berseloroh Alwi mengatakan, kalau anda mengikut BAHAI anda akan menyumbang 25% dari pendapatan anda, tapi Islam hanya mengenakan 2.5% sebagai zakat.

Cerita kedua, semasa perhimpunan semua ugama di adakan di USA, Alwi mendatangi seorang lelaki yang memakai jubah dan serban. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai berikut " I'am sufi, not muslim ".

Cerita ketiga, dalam suatu kuliah tentang kepercayaan kepada pembalasan di hari akhirat mengikut semua agama, Alwi di sanggah oleh seorang siswa yang mengatakan bahwa ia amat yakin segala kebaikan yang ia lakukan pasti akan dibalas oleh tuhan di akhirat nanti, walau pun ia tidak menganut sebarang ugama.

Demikian untuk direnungkan tentang sebahagian dari ratusan kepercayaan manusia barat berkait keugamaan, yang saya petik dari salah satu buku Alwi Shihab seorang pesyarah di Temple University, Harvard University dan Harvard Seminary.

Sunday, October 22, 2006

Menakluk Jeusalem

Patriarkh Sophronius yang mempertahankan kota Jerusalem dari penaklukan Islam, telah mengaku kalah dan beliau keluar dengan iringan tentera dan ummah katolik untuk melakukan acara penyerahan kota tersebut kepada Khalifah Umar sendiri. apa yang menkagetkan bagi ummah kristian ini, ialah apabila mereka melihat Umar kelihatan begitu aneh dan ganjil ditengah-tengah ummah kristian dan paderi yang berpakaian mewah dan gemerlapan. Sedangkan Ummar , sebagai ketua perang dan pemimpin ummah kelihatan berpakaian lusuh dan kusam menunggang unta putih. Mereka merasakan Umar lebih tulus dan ikhlas dalam kehidupan miskin dan sederhana yang menjadi doktrin dan cita-cita kristian berbanding pemuka ugama mereka sendiri.
Kemudian Khalifah Umar meminta kebenaran dari Sophronius untuk melawat tempat-tempat suci yahudi dan kristian. Lalu ia dihantar ke Kompleks Anastasis, di puncak gunung Haekal,tempat Nabi Isa naik ke langit mengikut kepercayaan kristian. Umar amat bersedih melihat kompleks ini penuh dengan sampah dan terbiar. Beliau sendiri turun dan mengangkat puin-puin batu untuk membersihkan tempat ini. Lalu diikuti oleh tenteranya.
Bila masuk waktu solat Umar dipelawa untuk solat di mana saja ia suka. Umar menolak untuk solat di Martyrium Konstatin, dengan alasan beliau tidak mau ummah Islam kelak menukarkan tempat-tempat suci ummah Yahudi dan kristian ditukar menjadi masjid. Beliau hanya bersolat di atas anak tangga disamping jalan masuk ke Cardo Maximus.
Sebuah dekri diperintah oleh Umar yang berbunyi :
" Umar memberi mereka keamanan, kepada setiap orang dan hak milik mereka: kepada gereja-gereja mereka, salib-salib mereka, kepada yang sakit dan sihat kepada semua orang yang meyakini ugama mereka. Kami tidak akan menghancurkan gereja atau merusak isinya atau hak mikik atau salib mereka. Kami tidak akan memaksa ummah kristian Jerusalem menanggalkan iman mereka dan kami tidak akan menyakiti mereka. "
Demikian disesuaikan dari teks Jerusalem: One City, Three Faiths oleh Karen Armstrong.
Alangkah dasyatnya pemikiran pemuka tertinggi ugama kristian yang menzahirkan cita-cita ummah kristian untuk mengkristiankan seluruh dunia ini dalam rangkulan gereja. Dan tanpa segan mereka menggunakan kekuatan barat Amerika, England dan Eropah untuk menjayakan doktrin ini.
Ummah Islam bercermatlah dalam langkah pertembungan budaya Islam-barat atau tawaran Islam yang pelbagai versi, meski nampak lebih bergemerlapan. Jangan jadi nasib isteri Aladin yang menukar lampu aladin yang kelihatan burok dengan lampu ahli sihir yang kelihatan lebih cantik, baru dan mewah. ( meminjam kata-kata seorang cendikiawan Indonesia ).

Saturday, October 14, 2006

Kekejaman Tentera Salib

Gesta Francorum seorang penulis sejarah barat menceritakan " selama tiga hari pasukan salib secara sistematis membantai 30 ribu penduduk Jerusalem. Mereka membunuh semua orang saracen dan turki yang ditemui samada lelaki atau perempuan. Sepuloh ribu muslim yang mencari perlindungan di masjid al Aqsa secara brutal dibunuh dan kaum Yahudi dipancung". Raymond dari Aguiles yang menyaksikan malapetaka itu menceritakan " Jalan-jalan bersimbah darah dan tumpukan tangan dan kaki manusia terdapat dimana-mana saja ".
Demikian saya petik dari teks Jerusalems: one city, three faihs yang ditulis Karen Armstrong.
Sungguh memalukan apabila pope menuduh Nabi muhammad seorang yang brutal dan immoral, sedang sejarah secara hitam putih menceritakan kebinatangan penganut kristian dalam pasukan salib membantai ummah islam di Palestine secara amat kejam. Karen dalam teks ini meceritkaan kehebatan Islam di tangan Umar Al Khattab dan Saladin tika melayani musuhnya tentera salib dan kristian.

Sunday, October 01, 2006

Deklarasi Pope

Deklarasi Pope

Apabila seorang ketua agama yang paling tinggi mengeluarkan kenyataan yang menyinggung agama lain, maka lengkaplah apa yang dinamakan kesepakatan barat untuk menghancurkan Islam. Tiada ragu-ragu lagi. Terlalu tidak mungkin beliau tersalah cakap atau bermaksud lain yang lebih baik. Apa yang jelas mereka mewarisi tanggungjawab gereja membantu politician untuk menjarah mana-mana negara non kristian sejak dulu lagi. Malah mereka beranggapan tugas gereja untuk berdepan dengan mana-mana agama non kristian. Sejarah menceritakan bagaimana gereja mengubarkan dan mendanai perang salib. Malah dalam penaklukan belanda di Indonesia gereja mengutus surat yang berbunyi dimana kapal kamu berlabuh, pastikan salib ditanam disitu.

Alahai islam pluralis atau majlis perundingan agama. Kita dituntut toleransi dan menerima ketulusan dan kebenaran agama orang lain, sedangkan pada masa yang sama orang lain habis-habisan berusaha untuk mebumiratakan islam secara militer, secara diplomasi, secara politik, secara majlis perundingan.

lihat lah sejarah, kerana sejarah banyak mengajar kita. Al quran penuh dengan sejarah untuk mengajar nabi dan ummah membentuk manusia dengan sejarah.

Saturday, September 16, 2006

Yahudi Heredi

Fundamentalis Yahudi
Raja Hussein Jordan pernah berkata bahawa hubungan akrab antara Islam dan yahudi dihancurkan oleh Zionis. Zionis adalah faham ekstrim yang dibawa oleh Yahudi Ashkenazi yakni yahudi yang kembali ke Israel dari bertaburan di barat. Mereka membawa pandangan ekspensionis yang ganas dan tanpa ampun dengan doktrin yang amat ekstrim. Diantara faham Ashkenzi ini ialah:
1. Yerusalem mesti dikembalikan kepada Israel.
2. Tuhan yang memerintah untuk mengembalikan hak-hak yahudi selama ini tertindas dan dianiayai.
3. Mereka banyak menganggutai Parti Likud yang berfaham Bangfsa Arab adalah hanya tetamu di tanah Palestin.
Arnold Tynbee selalu mengatakan Palestin adalah bangsa yang selalu dirugikan.
Dari sikap ekstrim ini lahir kelompok Haredi iaitu kelompok Yahudi yang memiliki etos, cara hidup, kepercayaan dan pandangan terhadap dunia ini dengan pandangan yang unik dan berbeda dengan kelompok yahudi yang lain.
Haredi bererti 'yang bergetar' kerana kusyuk dan taqwa kepada tuhan.
Mereka mendakwa mereka adalah kelompok pilihan tuhan yang terselamat dari holocaust untuk meneruskan perjuangan suci pejuang yahudi.
Diantara tokoh Haredim ialah Reichman Brothers ( pemilik Olympia and york real Estate development ) dan Yigal Amir yang membunuh Yitzhak Rabin.
Haredim, walau pun hanya 20% dari seluruh penduduk Israel, namun pengaruh dan kekuatan mereka sudah cukup untuk menunduk Arab yang tak sedar diri.

Sunday, September 10, 2006

11 September

Tragedi Black September mengundang kontroversi besar apabila ada pihak cuba membongkar perkara yang tersirat disebalik pertuduhan bush terhadap terroris islam atau Ben Laden. Sama ada pembongkaran itu benar atau tidak, ia telah mendapat kepercayaan dan keyakinan penuh oleh sebahagian besar ummah islam. Logiknya ummah islam berkeyakinan kerana mereka adalah pihak yang tertuduh. Namun hakikatnya harus disedari dan diyakini oleh kita , bahawa samada tragedi itu berlaku atau tidak Bush tetap menghukum dan memerangi Islam dengan selumat-lumat nya. Kita percaya bahawa seandai nya black september tidak berlaku, BUsh tetap menghancurkan Iraq, membumiratakan Afghannistan, melumatkan Lubnan dan sekarang cuba menggigit Iran. Ini pasti, kerana Bush amat memusuhi Islam dan berikrar akan menghancurkan Islam atas nama pertembungan barat dan Islam.
Ini pasti. Barat tidak pernah ramah dan bersopan dengan Islam sejak dulu kala lagi. Sejarah menceritakan kepada kita apabila mereka menjajah negara Islam, pasti akan digiring Salib bersama mereka. Bertepatan dengan arahan gereja; apabila kamu berlabuh dimana-mana pelabuhan, pastikan kamu memancak salib disitu.
Ummah Islam berhati-hatilah.

Friday, September 01, 2006

Orientalis

Alwi shihab dalam teks ini juga ada membariskan beberapa nama tokoh Kristan yang mendalami Islam dan akhirnya melontarkan pandangan yang benar tentang Islam. Di antaranya:
1. Theodore Abu Gurrah - berpandangan bahawa Muhammad adalah jelas menempuh perjalanan para nabi.
2. Paul Antioch - Muhammad adalah utusan tuhan kepada ummah non Kristian.
3. Yahya Bin Adi - Keesaan tuhan berada dalam trinitas.
4. Louiss Masignon - meperbetulkan pandangan gereja yang sekian lama salah dan palsu, terhadap Islam.
5. William Cantwell Smith - Ajaran alqur'an berjaya menjadikan jutaan manusia selamat kerohaniannya, jelas ini semua datang dari tuhan.
Sikap inklusif ummah kristian inilah menurut alwi shihab perlu diteladani oleh penganut Islam. Bersediakah anda. Perlu pengkajian yang lebih mendalam perkara ini.

Thursday, August 17, 2006

Paradigma Dalam Kristen

Paradigma baru dalam kristian

Lanjutan dari teks berkenaan, Alwi Shihab ada menuturkan suatu perkembangan paradigma dalam agama kristian, yang berkemungkinan besar banyak mempengaruhi sebahagian cendikiawan islam untuk melakukan perubahan yang sama atas nama tantangan zaman.

Donald McGavran ( editor Church Growth Bulletin ) 20 tahun dahulu ada menitipkan sebuah surat kepada setiausaha agung majlis gereja dunia yang memuatkan bahawa ummah kristian akan mengalami perpecahan yang lebih parah dan dasyat dari perpecahan masa lampau yang pernah tercatit dalam sejarah eropah. Perpecahan itu bermuara dari puak evangelical yang berfaham ekslusif dan puak ecumenical yang berfaham inklusif.

Alan Bailyes ( pemuka gereja baptis england ) berpandangan bahawa perbedaan antara dua puak itu disebabkan oleh perbedaan interpretasi dan penekanan misi dalam ajaran kristian.

Inti kepada perbedaan antara dua puak itu ialah ;

1. Evangelis
  • Menekankan hubungan individu dengan tuhan dengan menghimpunkan semua manusia di dalam gereja.
  • Tujuan gereja mengajak manusia meningkatkan iman dan bergabung dalam gereja.
  • Penyelamatan manusia secara individu dengan menyingkir semua unsur dunia, setan dan tubuh fizikal.
  • Mengikuti ajaran jesus lebih mulia dari membangunkan dunia ini.
  • Hanya mereka yang bergabung dengan gereja mendapat keselamatan abadi ( salvation ).

2. Ekumenis

  • Tumpuan kepada tuhan bukan berpusat pada gereja saja, tapi manusia seluruhnya.
  • Memanusiakan masyarakat, bukan mengkristiankan individu.
  • Keselamatan abadi bukan monopoli gereja.
  • ajakan kepada gereja bukan perkara penting atau utama.
  • ajaran jesus boleh diketemui dalam agama lain. Raimundo Panikkar menggelar doktrin ini 'universal reality of yesus'.Yesus milik manusia seluruhnya, bukan milik gereja saja. Malah yesus dianggap penyelamat manusia.

Demikian diantara erkara yang menjadi perbedaan faham dalam kristian diantara dua puak tersebut.

Apakah islam juga akan mengalami bencana ini.

Sunday, August 06, 2006

PLURALISMA

Tantangan pluralisma agama
Dari teks 'Islam Plural' buah tangan Alwi Shihab, beberapa perkara yang amat bermakna untuk kita memahami tentang kemunculan Islam Liberal yang identik dengan konsep Islam Plural, islam inklusif dan Kesatuan agama. Disini diperturunkan diantara pertanyaan atau nota yang dilontar oleh pendekar-pendekar liberalisma di dalam teks ini.
1. Apabila tuhan itu esa, tidakkah sebaiknya tuhan menjadikan ugama itu satu saja dari semenjak kejadian manusia sampai kiamat untuk semua belahan manusia di dunia ini.
2. Apabila kepelbagaian ugama tidak dapat dielakkan di bumi ini, maka yang mana satu ugama yang paling benar. Apa indikatornya untuk mengukur kebenaran sesuatu agama. ( saya: pernah seorang pendekar liberal menyatakan untuk mengadili kebenaran diantara pelbagai ugama, maka kita perlu berada di luar semua ugama ) .
3. Mungkinkah terdapat persamaan doktrin atau tujuan pada semua ugama ini, dan bagaimana untuk menjalin persamaan ini.
4. Mengapa aku memelok agama ini, bukan ugama lain.
5. Kenapa berabad-abad dalam sejarah manusia berlaku banyak peperangan dan pertelingkahan yang disebabkan oleh kepentingan agama, sedangkan pertelingkahan itu amat bertentangan dengan ajaran agama masing-masing.
Akhirnya seorang Filasuf Roma bernama Symmachus bertanya kepada Saint Ambrose (384 Masehi) dengan suatu pertanyaan " Jika tuhan yang sebenar-benarnya maha pencipta dan menginginkan kedamaian abadi untuk semua makhluknya, mengapa tuhan menunggu begitu lama untuk mengutus Yesus sebagai penyelamat kepada manusia".
akan dititipkan lagi teks ini selanjutnya.

Wednesday, July 19, 2006

Habitat Yahudi

Ekosistem habitat yahudi.
Apabila yahudi mengganas lagi, sewajarnya dunia Islam tidak perlu terkejut atau terpinga-pinga. Sewajarnya mereka perlu lebih tahu bahawa perlakuan yahudi itu adalah suatu ekosistem habitat yang paling jijik dan tolol di atas dunia ini. Apa yang berlaku adalah warisan dari nenek moyang mereka sejak zaman kerasulan dulu dan pastinya mereka bergerak mengikut garis blueprint yang amat tersusun dan menjangkau perancangan yang amat panjang.
Dalam protokol zion yang terkenal itu, ( walau pun dinafikan kesahihannya oleh sebahagian cendikiawan mereka ), menggariskan suatu projek jangka panjang yang terlalu halus dan berjaya berkembang mengikut jeda masa yang ditetapkan.
Di sini, sebahagian dari perkara yang terkandung dalam protokol itu terlalu 'obvious' untuk diperhatikan.
  • Di antaranya protokol menyatakan kebebasan politik hanyalah suatu idea, bukan suatu fakta. Oleh itu idea kebebasan itu boleh digunakan untuk melemahkan orang lain. Kerana idea kebebasan mustahil untuk direalisasikan kerana tiada siapa tahu untuk menggunakannya secara sederhana.
  • kita cetuskan sengketa yang saling menghancurkan sesebuah negara, yang akan menyebabkan negara tersebut berada didalam genggaman musuh-musuh luar tertentu.
  • Sistem kuku besi dalam permodalan yang berada di tangan kita, ibarat seberkas jerami yang kita hulurkan kepada mereka , di mana mau atau tidak mau mereka terpaksa menerimanya dengan anggapan supaya mereka tidak tenggelam dengan jerami itu.
  • Dari kejahatan yang sementara ini, yang terpaksa kita lakukan akan lahirlah sebuah kebaikan dari pemerintahan yang amat kukuh.
  • Struktur sebuah kerajaan yang terbaik ialah sebuah kerajaan yang kekuasaannya tertumpu di tangan seorang tirani.
  • Kejahatan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat kebaikan.
  • Dalam politik seseorang misti tahu bagaimana untuk merampas harta orang lain tanpa ragu-ragu.
  • Adil tapi keras tanpa belas kasihan adalah faktor kekuatan negara dan doktrin kekuasaan akan mencapai kemenangan dengan menundukkan kekuatan lawan dengan kekerasan.
Hobbes berpendapat dalam teks yang lain, manusia yang kuat atau lemah pada dasarnya merasai ketakutan dan kecemasan di dalam dirinya, terutama dalam situasi persaingan atau konflik. Rasa ketakutan ini semakin membesar lalu akan bertindak 'anticipation'. 'Anticipation' yang terbaik ialah bersifat aggresif iaitu mempetahankan diri sendiri dengan menyerang orang lain.
Fahamilah habitat yahudi dalam ekosistemnya.

Tuesday, July 11, 2006

China

Prof Wang Gung Wu dari Hong Kong University menyatakan bahawa:
1. Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah obsessi sejagat orang China.
2. Mereka bergantung kepada keberanian, kepakaran dan keusahawaan sendiri.
3. Orang Cina belajar dari sejarah bahawa kekayaan menjadi selamat apabila sikaya tidak menunjukkan minat atau keinginan untuk memperolehi kuasa.

Friday, July 07, 2006

Perbandingan Ugama

Religionswissenschatt
(Ilmu perbandingan agama)
Friedrich Max Muller ( 1838-1900) pernah dianggap sebagai pelopor kajian perbandingan agama. Melalui teksnya "Introduction to the study of Religion" menjadi rujukan awal dan utama bagi penerus dan pewaris faham ini. Disini akan diperturunkan sebahagian pandangan beliau tentang agama yang menjadi ikutan dan berkembang menjadi faham yang sealiran dengannya. Katanya " He who knows one knows one". Dalam kontek ini. Muller menyatakan mereka yang hanya tahu satu perkara sebenarnya dia tidak tahu apa pun. Untuk itu mempelajari secara adil, secara impartial, secara tanpa prejudis agama lain adalah satu cara untuk mengetahui kebenaran ugama sendiri. Jacques Waardeenburg melanjutkan dalam tek beliau "Muslim and others:Relations in context", bahawa sarjana muslim gagal melihat agama buddha, Hindu, Yahudi dan kristian dengan pandangan yang objektif. Mereka berkisar dalam orbit budaya dan agama mereka sendiri. Mereka menghujah dengan teks al quran dan hadis dan secuit kisah bibel untuk memenang agama sendiri. Akhirnya mereka membuat anggapan bahawa agama Islam adalah paling benar dan paling final. Inilah tuduhan yang dibuat oleh Waardenburg. Selanjutnya mereka ( sarjana perbandingan agama ) juga pernah mengatakan untuk menjadi pengadil yang baik, sseorang itu tidak perlu menjadi pemain. Artinya untuk mengadili atau mencari kebenaran sesuatu agama itu, kita tidak perlu menjadi penganut mana-mana agama. Atau meletakkan semua agama pada posisi dan standard yang sama.
Inilah kemudiannya berkembang menjadi doktrin semua agama adalah sama.
Sementara Wilfred Smith menyatakan dalam sebuah teksnya "Pernyataan sesuatu agama itu menjadi sah atau valid hanya dengan perakuan dari pemeluknya".
Inilah sebahagian yang bisa dipungut dari ISLAMIA sebuah majallah terbitan indonesia yang sempat saya adaptasikan.

Wednesday, June 28, 2006

Aljazair

Dalam kertas kerja yang disebut sebelum ini, Lisa Anderson ada menyatakan pada 1990 seorang pemuda Aljazair mengatakan beliau hanya mempunyai empat pilihan di Aljazair:
1. Menganggur, tidak berkahwin dan tiada tempat tinggal, atau;
2. Bekerja di pasar gelap dan menghadapi risiko ditahan polis, atau;
3. Berhijrah ke Perancis untuk bekerja sebagai penyapu jalan di Paris atau Mersaellies, atau;
4. Bergabung dengan FIS dan memberi suara kepadaIslam.
Dalam suasana seperti inilah aktivis FIS mampu meraih sokongan pemuda dan memenafaatkan keadaan ekonomi yang bungkam dan percaturan politik pemimpin yang daif.
Sokongan pada FIS juga datang dari golongan kelas menengah dan atasan. Francois Burqat dalam 'The Islamist Movement In North Africa' menyebut pada umumnya anggota militan di Afrika utara adalah para guru, akautan dan pedagang.
sampai ketemui lagi.

FIS Menurut Lisa Anderson

Dalam suasana gerakan islam berusaha untuk merebut kuasa politik dalam rangka mencapai matlamat islam, ada suatu artikel menarik dari sebuah kertas kerja oleh Lisa Anderson di First International Confrence anjuran Center of Muslim Christian Understanding: History and International Affairs. Kertas kerja ini disunting oleh John Esposito. Kertas ni bertajuk " Pemenuhan Ramalan : Kebijakan Negara dan Islam Radikal.
Kertas ini merujuk kemenangan FIS di Algeria.
Dukungan masyarakat Aljazir kepada FIS adalah suatu protes kepada parti pemerintah yang tunggal yang memerintah sejak 1980an lagi. Parti tunggal ini telah kaku, mementingkan kelompok sendiri dan tidak boleh disentuh.
FIS pandai mengambil kesempatan dan menyedari kelemahan parti pemerintah ini. Chontohnya para aktivis FIS cepat bertindak dan kreatif dalam memberi bantuan tatkala berlaku bencana alam. Mereka juga cekap bertindak dan memanafaat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kesimpulannya FIS berjaya menjatuhkan nama baik kerajaan dengan layanan- layanan publik yang tidak disediakan oleh kerajaan.
Akhirnya FIS menang besar pada akhir 1990an, walau pun survei yang dilakukan menunjukkan hanya separuh yang menyokong FIS bersetuju dengan pembentukan republik Islam.
Ali Benhaj pernah berkata ( pemimpin spritual FIS ) " Pengikut Nabi memang tidak banyak, dan penyembah berhala sangat banyak ".
Abd. Salam Yassin dari Morocco " Islam memberikan hak kepada mereka yang kelaparan di malam hari untuk mengangkat senjata melawan mereka yang merampas rahmat tuhan dari mereka".
Demikian diantara yang bisa di angkat dari kertas kerja ini.

Friday, June 23, 2006

Pengakuan Seorang Hitman

Confessions of an Economic Hit Man.
Majallah Islamia keluaran terbaru (V0lume 3, no.1) 2006, dalam suatu artikel oleh Adi Setia sangat menarik minat saya untuk dipaparkan disini bagi pengkongsian maklumat bersama. Artikel ini merupakan ulasan buku 'Confessions of an Economic Hit Man' oleh John Perkins.
Sebuah pengakuan seorang perunding ekonomi Bank Dunia yang pernah bertugas di beberapa negara dunia ketiga. Perunding ekonomi atau Economic Hit Man bergerak dengan tujuan untuk memusnahkan atau menakluk sesebuah negara yang mendapat pinjaman melalui Bank Dunia, United States Agency For International Development ( USAID) dan organisasi kewangan lain.
Untuk mempengaruhi dan membantu pemimpin negara dunia ketiga, mereka akan menggunakan laporan kewangan yang palsu atau putar belit, pilihan raya yang dirancang denga tipu daya, merasuah pemimpin dan paling tragis dengan pembunuhan secara licik.
Perkin mengakui juga bahawa semua usaha ini dibuat dengan tujuan untuk memperalat dan menunduk negara dunia ketiga bagi tujuan politik dan ekonomi Amerika, kepentingan lobi Amerika di PBB, kepentingan tindakan ketenteraan Amerika dan kepentingan untuk memeras kekayaan sesebuah negara.
Perkins mengatakan, seandainya sesebuah negara itu tidak dapat menjelaskan hutangnya, Amerika tidak rugi apa-apa, malah menguntungkan Amerika kerana hutang itu akan menyebabkan sesebuah negara itu terikat dan tunduk kepada Amerika.
Chontoh ini pernah berlaku di Panama. Perkins telah dihantar ke Panama untuk memujuk Presiden Omar Torrijos bagi memujuk Presiden membatalkan projek memiliknegarakan terusan Panama, tapi gagal. Lalu Amerika menghantar CIA untuk merancang pembunuhan presiden dengan kemalangan kapal terbang.
Perkin juga menceritakan pengalamannya bertugas di Indonesia dengan menawarkan pakej ekonomi untuk membantu Indonesia dalam pembangunanan infrastruktur elektrik untuk seluruh pulau Jawa.
Perkin ada juga menceritakan pengalamannya di Ekuador, Iran, Colombia dan Arab Saudi.
Apa yang ironisnya, Perkins menegaskan bahawa pinjaman itu sebenarnya tidak pernah mengalir ke negara yang berhutang. Tapi mengalir dari Bank Dunia ke Perusahaan-perusahaan multi nasional barat yang membuat pelaburan dan mendapat kontrak projek tersebut. Jadi setiap pinjaman yang dibuat akan menguntungkan perusahaan Amerika, bukan nya perusahaan tempatan. Hanya sedikit saja yang dapat dinikmati oleh rakyat negeri. Yang mendapat sisa keuntungan juga adalah keluarga pemimpin dan kroninya. Ini berlaku pada semua negara peminjam.
Setiap pinjaman yang diberi, dikenakan syarat yang menuntungkan syarikat perusahaan barat, seperti peralatan, khidmat perunding dan pembelian produk hendaklah dari negara peminjam.
Banyak lagi maklumat yang berguna , dapat menjadi pertimbangan kita dalam memahami penjarahan barat dalam menguasai dan memufliskan ssebuah negara.
Terima kasih Adi Setia. Terima kasih Perkins.

Friday, June 16, 2006

Kesatuan Ugama

Dalam menghadapi gagasan kesatuan agama atau Wahdatul Adyan atau islam pluralis, Al marhum Ismail Faruqi dalam teks `meta religion` menyatakan it avails nothing. It does not provide criteria for settling differences among the relegious of the world, nor does it provide positive indicators for loudnet.
Sementara Prof.Dr.S.M.Naguib al-attas pernah mengatakan di dalam sebuah artikel dalam majallah islamia ini bahawa kesatuan trasenden agama adalah sesuatu yang cukup menyesatkan, malah sebuah istilah yang lebih merupakan suatu motif agenda yang tersembunyi. Fahaman ini merupakan hasil rekaan imajinasi induktif mereka saja dan bersumber dari spekulasi intelektual semata. Kebanyakan mereka ini mendapat ilham ini setelah berkenalan dengan metafizik islam, seperti schuon dan geunon. Naguib juga berpandangan bahawa sifat tuhan yang difahami dalam Islam tidak sama dengan konsep tuhan dalam doktrin lain-lain agama. Justeri itu kesatuan transenden yang dimaksudkan itu tidak ada sama sekali.
Jauh sebelum itu almarhum Prof.Dr.Hamka telah mengungkapkan bahawa mereka yang mengatakan semua agama sama , mereka itu sebenarnya tidak beragama .
Imam Nawawi dalam Rawdah atTalibin menyebut 'Sesiapa yang tidak mempercayai bahawa pemeluk agama selain dari Islam adalah kafir atau meragui kekafirannya atau menganggap tidak salah bererti dia juga kafir, walau pun ia seorang penganut Islam'.
Pendukung faham kesatuan agama ini memetik beberapa ayat alquran untuk memperkukuhkan pandanganya. Diantaranya ialah surah Yunus (10:47) bermaksud 'tuhan mengurnia nabi kepada setiap bangsa'. Surah Ibrahim (14:4) bermaksud 'Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan dalam bahasa kaumnya sehingga dia dapat menyampaikan kebenaranya kepada kaumnya.
Demikianlah apa yang saya petik dari majallah Islamia edisi seperti yang dipaparkan sebelum ini.
sampai ketemui lagi.

Saturday, June 10, 2006

Nasr dan Kesatuan Ugama

Kesatuan Transenden Agama mempunyai serangkaian pendekar yang besar dalam perjuangannya. Di antaranya yang merupakan pengasasnyan Schuon dan murid nombor satunya, Sayyed Hosein Nasr. Apa kata Schuon dalam mengindoktrinasikan faham ini. Diantara nya schuon mengatakan Islam lebih baik dari Hindu kerana islam merupakan bahagian atau form yang terakhir dari fasa sanatana dharma, tetapi Hindu sebagai form yang paling tua dan masih hidup memiliki superioritas berbanding dengan Islam. Schuon di dorong oleh motif agar tidak berlaku pertentangan antara agama. Katanya, semua agama bersandar pada intelek bukan wahyu. Ini bertentangan dengan Islam. Dalam kata pengantar buku ' The Trancendent Unity of Religious' menjelaskan 'ibarat piramida ,di mana tuhan berada di titik puncak, sementara semua agama mengalir ke bawah, begitu juga dalam waktu yang sama semua agama naik ke atas dan saling mendekati dan akhirnya bertemu di titik puncak tersebut'.

Sayyed Hosein Nasr pernah berkata, karya Schouon bagaikan hadiah dari langit.

Nasr pulak mengungkapkan bahawa semua agama yang masih hidup atau telah mati adalah merupakan different theophanies of the same truth. Nasr juga mengatakan adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan keadilan tuhan untuk membiarkan agama-agama dunia berada dalam kesesatan selama beribu-ribu tahun, pada hal berjuta-juta manusia mencari keselamatan dan petunjuk dari agama berkenaan. Maka dengan demikian, pluralisme agama adalah kehendak tuhan dan natijahnya semua agama adalah benar dan sah.

Akan datang saya akan mengungkapkan pandangan dari Ismail Faruqi dan Naguib Al attas yang menyanggah faham ini.

Sampai ketemui lagi.

Transenden Ugama

Kesatuan Transenden Agama mempunyai serangkaian pendekar yang besar dalam perjuangannya. Di antaranya yang merupakan pengasasnyan Schuon dan murid nombor satunya, Sayyed Hosein Nasr. Apa kata Schuon dalam mengindoktrinasikan faham ini. Diantara nya schuon mengatakan Islam lebih baik dari Hindu kerana islam merupakan bahagian atau form yang terakhir dari fasa sanatana dharma, tetapi Hindu sebagai form yang paling tua dan masih hidup memiliki superioritas berbanding dengan Islam. Schuon di dorong oleh motif agar tidak berlaku pertentangan antara agama. Katanya, semua agama bersandar pada intelek bukan wahyu. Ini bertentangan dengan Islam. Dalam kata pengantar buku ' The Trancendent Unity of Religious' menjelaskan 'ibarat piramida ,di mana tuhan berada di titik puncak, sementara semua agama mengalir ke bawah, begitu juga dalam waktu yang sama semua agama naik ke atas dan saling mendekati dan akhirnya bertemu di titik puncak tersebut'.

Sayyed Hosein Nasr pernah berkata, karya Schouon bagaikan hadiah dari langit.

Nasr pulak mengungkapkan bahawa semua agama yang masih hidup atau telah mati adalah merupakan different theophanies of the same truth. Nasr juga mengatakan adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan keadilan tuhan untuk membiarkan agama-agama dunia berada dalam kesesatan selama beribu-ribu tahun, pada hal berjuta-juta manusia mencari keselamatan dan petunjuk dari agama berkenaan. Maka dengan demikian, pluralisme agama adalah kehendak tuhan dan natijahnya semua agama adalah benar dan sah.

Akan datang saya akan mengungkapkan pandangan dari Ismail Faruqi dan Naguib Al attas yang menyanggah faham ini.

Sampai ketemui lagi.

Tuesday, June 06, 2006

Pluralisma Agama

Bila ummah Islam digetarkan dengan agenda Majlis Perhubungan Agama-Agama yang cuba bergiat cergas di negara ini. Saya menjadi teringat kepada sebuah majallah yang pernah saya baca. Lama juga mencari di perpustakaan mini saya di rumah. Akhirnya ketemui juga. Majalah pemikiran dan peradaban Islam, terbitan Indonesia, bernama ISLAMIA.
Edisi yang saya baca ialah Tahun 1, No.3, September -November 2004. Edisi ini membicarakan secara meluas dan teliti tentang pluralisme agama, yang mengandungi artikel tentang pandangan pencetus fahaman ini seperti Fritjof Schuon, Rene Guenon dan Sayyed Hossein Nasr. Juga mengandungi pandangan sanggahan kepada faham ini dari Prof.Dr. S.M.Naguib al Attas.

Saya akan serba sedikit menurunkan di sini tentang beberapa pandangan tentang faham pluralisme agama, dari majalah yang diterbitkan tiga tahun sekali ini. Apa kaitan antara pluralisme agama dengan Majlis perhubungan agama-agama.

Pluralisme agama menganggap semua agama adalah sama, semuanya adalah sah dan benar. Sebenarnya dalam fahaman ini terdapat dua pemikiran yang saling bertentangan, yakni faham Teologi Global ( global Theology) dan faham Kesatuan Transenden Ugama ( Transcendent Unity of Religion ).

Diantara perbedaan besar diantara dua mazhab ini ialah Teologi Global mempercayai bahawa semua agama harus dileburkan dan disesuaikan dengan kemodenan. Dan semua agama berevolusi dan akan saling mendekati antara satu sama lain dan akhirnya tiada perbedaan antara agama-agama, lalu semua agama akan bersatu. Pendokong berat faham ini ( mazhab ini) ialah John Hick, wilfred Cantwell Smith, Hassan Askari ( dari Islam), Masau Abe ( Buddha), Ramchandra Gandhi ( Hindu), Kushdeva Singh ( Sikh), Wifred Cantwell Smith ( Kristen) dan Leo Trapp ( Yahudi).

Sementara mazhab Kesatuan Transenden Agama mempercayai sebaliknya, iaitu ugama tidak boleh diubah, tetapi beranggapan setiap agama mempunyai tradisi sakral yang perlu dihidupkan dan dipelihara secara adil, tanpa melebihkan salah satu agama. Agama adalah jalan-jalan berlainan yang menghantar kepuncak yang sama.( all path lead to the same summit). Kelompok ini memperkenalkan konsep yang dipanggil Filsafat Abadi atau Primordial Tradition atau Religio Perennis. Konsep ini adalah sememangnya wujud sejak dulu lagi dan merupakan suatu yang bersemi dalam setiap agama. Dalam Hindu disebut sanata dharma. Dalam Islam disebut Alhikmah al Khalidah. Mereka juga menggelar faham mereka sebagai Tradisionalis. Tokoh yang mendokong faham persamaaan agama ini ialah Rene Geunon, T.S. Elliot, Fritjhof Schuon, Sayyeh Hossein Nasr, Louiss Massignon, William Chittick dan ramai lagi.

Akan ku titipkan lagi perkara ini selanjutnya selepas ini.

Sampai ketemui lagi.



Monday, June 05, 2006

Sardar

Pada bahagian akhir teks ini, Desperatly Seeking Paradise, Sardar menceritakan sebahagian episod tragedi Anwar Ibrahim pada penghujung 1998. Anwar diultimatum oleh Mahathir. Disaat kritis itu, Anwar mengarahkan semua sahabatnya keluar dari Malaysia seperti Meryl, Ahmad Annes dan dirinya sendiri. Segala gerak kerja untuk membangun tamadun Islam Cardova di bumi Malaysia musnah dalam sekelip mata. Sardar mengatakan sejarah pengusiran Islam dari bumi Sepanyol berulang kembali.
Beliau lalu memetik pandangan Ibn Hazm ( ilmuan sepanyol) ' Selalunya otoriterianisme selalu berada di persimpangan. Seorang megalomania akan menghancurkan syurga yang bertahun-tahun dibangunkan, hanya dalam sekelip mata saja'.
Saya menyudahi teks ini dengan memungut pandangan Sardar untuk ditelaah pemikiran Sardar dengan lebih tuntas. Sardar berpandangan ' sebenarnya tiada nilai ketuhanan dalam syariat. Dan secara hukum yang dianggap mempunyai nilai ketuhanan adalah alqur'an. Syariat adalah buatan manusia, yang diusahakan dalam kontek tertentu, yakni abad ke lapan. Kita harus memahami syariat dalam kontek kita, zaman kita.
Sampai ketemu lagi.

Wednesday, May 31, 2006

Maududi

Keberanian pejuang Ikhwan Muslimin mengingatkan saya kepada sebuah teks yang ditulis oleh Jalaluddin Rachmat ( Ilmuan Indonesia ) yang menceritakan suatu episod tentang Abu A`la Maududi. Suatu hari Maududi sedang memberi ceramahnya di sebuah mimbar. Tiba-tiba terdengar tembakan ke arahnya. Semua hadirin menjadi panik, riuh dan kecoh. Mereka merebahkan dirinya kelantai untuk mengelak diri dari tertembak. Tapi Maududi tetap berdiri di mimbar dengan tenang dan tangguh. Bila ia ditanya kemudian, kenapa beliau tidak tunduk atau merebahkan dirinya. Maududdi menjawab " Kalau aku meninggalkan mimbar ini, siapa lagi yang akan berbicara disini". Buat seketika semuanya menjadi diam dan bungkam.

Justeru apabila kekejaman dan penindasan berleluasa, semua suara diam dan membisu beku, perlu sebuah suara yang lantang dan benar berani untuk menentangnya.

Sampai ketemu lagi.

Monday, May 29, 2006

A Lesson From The Battlefield

A Lesson From The Battlefield

Dalam teks ini juga ada satu perkara yang menarik perhatian ku tentang manusia perjuangan di belah bumi Palestin. Sardar ada memungut satu artikel dari The Muslim yang ditulis oleh Said Ramadhan yang bertajuk 'A Lesson From The Battlefield". Artikel ini memuatkan satu dialog antara seorang tentera Israel dengan tawanan perang tentera Arab di dalam penjara Israel, dalam Perang Arab Israel 1948.

Tawanan tentera Arab bertanya kepada tentera Israel tentang kenapa Israel tidak menyerang Sur Bahir ( suatu pekan berhampiran Jurusalem yang pada masa itu dikelilingi oleh tentera Israel yang sudah pun menduduki Tell Buyut dan Rahmat Rahel).

Lalu Tentera Israel itu bertanya " Adakah anda mahu jawaban yang sejujurnya ?". Ia mengatakan, tentera Israel tidak menyerang Sur Bahir kerana di sana ada tentera Ikhwan Muslimin.

Tawanan tentera Arab kehairanan dan bertanya" Apa bedanya, pasukan anda biasa dan cekap bertempur dengan tentera Arab lain yang lebih hebat, kuat dan tangguh".

Tentera Israel menjawab " Sukarelawan Ikhwan Muslimin berbeda dengan tentera kamu ( tentera Arab). Mereka berperang dengan semangat perjuangan yang tinggi, sama dengan semangat perjuangan kami ( tentera Israel). Tapi mereka berperang untuk mati. Mereka gila untuk mati. Mereka tidak takut mati. Malah mereka mahu mati. Mereka berperang demi untuk mati. Mereka bertempur seolah-olah sedang mengusir setan dari diri manusia. Sungguh mengerikan, berperang dengan orang-orang seperti ini. Berperang dengan mereka seolah-olah memasuki hutan belantara yang penuh dengan binatang buas. Bila-bila masa binatang buas akan menerkam kami. Mereka sebenarnya dambakan syurga".

Tawanan perang tentera Arab ni terpaku. Bila ia keluar dari penjara itu, beliau mengubah hidupnya dan bergabung dengan Ikhwan Muslimin.

Episod ini memberikan satu pemahaman kepada saya untuk memahami kenapa seluruh dunia kuffar enggan menerima HAMAS dalam Palestin. Juga dalam dunia Islam.

Mengeyam pemikiran Hassan Al Bana, Fathi Yakan, Mustafa Masyur, Qutb, Said Hawwa dan ramai lagi, membolehkan kita memahami keberanian Jundullah dari sistem tarbiyyah Ikhwan Muslimin.

Sampai ketemui lagi.

Sunday, May 28, 2006

Sardar versus Maududi

Ziauddin Sardar bertentangan pandangan dengan Maududi ( dari teks berkenaan ) pada beberapa perkara. Di antaranya ialah:
1. Maududi menyatakan Islam sebagai suatu sistem menyeluruh yang meliputi sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Sardar melihatnya sebagai suatu utopia.
2. Maududi melihat syariat Islam adalah rangka kerja yang sempurna dan dapat menyelesaikan semua masalah ummat manusia, Sardar mengatakan mana mungkin suatu hukum tradisional yang disusun ratusan tahun dahulu dapat menyelesaikan semua perkara dan fenomina baru di zaman ini.
3. Dalam isu gender, Sardar menyalahkan Maududi mempojokkan wanita di sudut atau kedudukan yang terpojok dan perlu dilindungi.

aku semakin ghairah untuk mencari Sardar.

Monday, May 22, 2006

Maududi II

Ziauddin Sardar dalam teksnya ( teks yang sedang dibicarakan ini ) menceritakan bagaimana Maududi pernah ditanya apakah sebuah negara Islam boleh dibangunkan melalui gerakan bersenjata. Maududi menjawab " Jika anda mendirikan negara Islam melalui revolusi bersenjata, negara tersebut tidak akan berkembang sesuai dengan syariat Islam, revolusi bersenjata mudah diseleweng oleh sesiapa pun, revolusi bersenjata selalunya digerakkan secara sulit dan keras dan selalunya tidak akan menerima kritikan atau bangkangan ".
Tambahnya lagi " Kekuasaan yang direbut dengan senjata, akan dipertahankan dengan senjata".
Maududi berkata demikian semasa beliau dikunjungi tetamu semasa mendapat rawatan kesihatan di UK.
Saya akan perturunkan beberapa perkara yang Ziauddin tidak bersetuju dengan Maududi, pada masa mendatang.
Sampai jumpa lagi.

Wednesday, May 17, 2006

Arma Balas

Asma Barlas, wanita Pakistan, seorang diplomat yang dipecat olih Zia Ul Haq. Kemudian menjawat assisten editor The Muslim. Beliau berpandangan bahawa syariat Islam hari ini adalah hasil rekayasa oleh jumhur ulamak atau dewan yang semuanya dianggotai oleh lelaki semasa zaman Abbasiyyah ( 749- 1258). Zaman yang menekankan seksisme, yakni faham yang mengungguli kaum lelaki dari kaum perempuan. Juga faham Misogini, faham membenci wanita. Lantaran itu syariat hari ini tidak berlaku adil kepada wanita. Suatu reformasi syariat perlu dilakukan hari ini, walaupun terpaksa berdepan seribu bantahan dan tuduhan.

Demikian Ziauddin Sardar bercerita dalam teks Desperately Seeking Paradise.

Sampai ketemui lagi.

Pisau dan Garfu

Dari teks berkenaan, Ziauddin Sardar ketemui Ismail Faruqi di sebuah cafe, selepas acara forum. Ismail Faruqi menjelaskan suatu tamsil untuk menjelaskan konsep islamisasi keilmuan. Yakni seperti contoh orang barat makan menggunakan pisau dan garfu, dengan tangan kanan memegang pisau dan tangan kiri memegang garfu. Proses islamisasi ialah menukar tangan kanan memegang garfu dan tangan kiri memegang pisau, kerana orang islam memakan dengan tangan kanan. Ziauddin Sardar menyanggah dengan mengatakan bahawa orang islam tidak menggunakan pisau dan garfu untuk makan, tapi dengan tangan sambil bersila di lantai. Untuk apa ummat islam bersusah payah menyediakan pisau dan garfu untuk makan. Banyak perkara tersirat bisa digapai dari dialog intelektual ini.

sampai ketemui lagi.