Saturday, December 02, 2006
Islam Nusantara
Tuesday, November 07, 2006
Dari Alwi Shihab
Cerita kedua, semasa perhimpunan semua ugama di adakan di USA, Alwi mendatangi seorang lelaki yang memakai jubah dan serban. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai berikut " I'am sufi, not muslim ".
Cerita ketiga, dalam suatu kuliah tentang kepercayaan kepada pembalasan di hari akhirat mengikut semua agama, Alwi di sanggah oleh seorang siswa yang mengatakan bahwa ia amat yakin segala kebaikan yang ia lakukan pasti akan dibalas oleh tuhan di akhirat nanti, walau pun ia tidak menganut sebarang ugama.
Demikian untuk direnungkan tentang sebahagian dari ratusan kepercayaan manusia barat berkait keugamaan, yang saya petik dari salah satu buku Alwi Shihab seorang pesyarah di Temple University, Harvard University dan Harvard Seminary.
Sunday, October 22, 2006
Menakluk Jeusalem
Saturday, October 14, 2006
Kekejaman Tentera Salib
Sunday, October 01, 2006
Deklarasi Pope
Apabila seorang ketua agama yang paling tinggi mengeluarkan kenyataan yang menyinggung agama lain, maka lengkaplah apa yang dinamakan kesepakatan barat untuk menghancurkan Islam. Tiada ragu-ragu lagi. Terlalu tidak mungkin beliau tersalah cakap atau bermaksud lain yang lebih baik. Apa yang jelas mereka mewarisi tanggungjawab gereja membantu politician untuk menjarah mana-mana negara non kristian sejak dulu lagi. Malah mereka beranggapan tugas gereja untuk berdepan dengan mana-mana agama non kristian. Sejarah menceritakan bagaimana gereja mengubarkan dan mendanai perang salib. Malah dalam penaklukan belanda di Indonesia gereja mengutus surat yang berbunyi dimana kapal kamu berlabuh, pastikan salib ditanam disitu.
Alahai islam pluralis atau majlis perundingan agama. Kita dituntut toleransi dan menerima ketulusan dan kebenaran agama orang lain, sedangkan pada masa yang sama orang lain habis-habisan berusaha untuk mebumiratakan islam secara militer, secara diplomasi, secara politik, secara majlis perundingan.
lihat lah sejarah, kerana sejarah banyak mengajar kita. Al quran penuh dengan sejarah untuk mengajar nabi dan ummah membentuk manusia dengan sejarah.
Saturday, September 16, 2006
Yahudi Heredi
Sunday, September 10, 2006
11 September
Friday, September 01, 2006
Orientalis
Thursday, August 17, 2006
Paradigma Dalam Kristen
Lanjutan dari teks berkenaan, Alwi Shihab ada menuturkan suatu perkembangan paradigma dalam agama kristian, yang berkemungkinan besar banyak mempengaruhi sebahagian cendikiawan islam untuk melakukan perubahan yang sama atas nama tantangan zaman.
Donald McGavran ( editor Church Growth Bulletin ) 20 tahun dahulu ada menitipkan sebuah surat kepada setiausaha agung majlis gereja dunia yang memuatkan bahawa ummah kristian akan mengalami perpecahan yang lebih parah dan dasyat dari perpecahan masa lampau yang pernah tercatit dalam sejarah eropah. Perpecahan itu bermuara dari puak evangelical yang berfaham ekslusif dan puak ecumenical yang berfaham inklusif.
Alan Bailyes ( pemuka gereja baptis england ) berpandangan bahawa perbedaan antara dua puak itu disebabkan oleh perbedaan interpretasi dan penekanan misi dalam ajaran kristian.
Inti kepada perbedaan antara dua puak itu ialah ;
1. Evangelis
- Menekankan hubungan individu dengan tuhan dengan menghimpunkan semua manusia di dalam gereja.
- Tujuan gereja mengajak manusia meningkatkan iman dan bergabung dalam gereja.
- Penyelamatan manusia secara individu dengan menyingkir semua unsur dunia, setan dan tubuh fizikal.
- Mengikuti ajaran jesus lebih mulia dari membangunkan dunia ini.
- Hanya mereka yang bergabung dengan gereja mendapat keselamatan abadi ( salvation ).
2. Ekumenis
- Tumpuan kepada tuhan bukan berpusat pada gereja saja, tapi manusia seluruhnya.
- Memanusiakan masyarakat, bukan mengkristiankan individu.
- Keselamatan abadi bukan monopoli gereja.
- ajakan kepada gereja bukan perkara penting atau utama.
- ajaran jesus boleh diketemui dalam agama lain. Raimundo Panikkar menggelar doktrin ini 'universal reality of yesus'.Yesus milik manusia seluruhnya, bukan milik gereja saja. Malah yesus dianggap penyelamat manusia.
Demikian diantara erkara yang menjadi perbedaan faham dalam kristian diantara dua puak tersebut.
Apakah islam juga akan mengalami bencana ini.
Sunday, August 06, 2006
PLURALISMA
Wednesday, July 19, 2006
Habitat Yahudi
- Di antaranya protokol menyatakan kebebasan politik hanyalah suatu idea, bukan suatu fakta. Oleh itu idea kebebasan itu boleh digunakan untuk melemahkan orang lain. Kerana idea kebebasan mustahil untuk direalisasikan kerana tiada siapa tahu untuk menggunakannya secara sederhana.
- kita cetuskan sengketa yang saling menghancurkan sesebuah negara, yang akan menyebabkan negara tersebut berada didalam genggaman musuh-musuh luar tertentu.
- Sistem kuku besi dalam permodalan yang berada di tangan kita, ibarat seberkas jerami yang kita hulurkan kepada mereka , di mana mau atau tidak mau mereka terpaksa menerimanya dengan anggapan supaya mereka tidak tenggelam dengan jerami itu.
- Dari kejahatan yang sementara ini, yang terpaksa kita lakukan akan lahirlah sebuah kebaikan dari pemerintahan yang amat kukuh.
- Struktur sebuah kerajaan yang terbaik ialah sebuah kerajaan yang kekuasaannya tertumpu di tangan seorang tirani.
- Kejahatan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat kebaikan.
- Dalam politik seseorang misti tahu bagaimana untuk merampas harta orang lain tanpa ragu-ragu.
- Adil tapi keras tanpa belas kasihan adalah faktor kekuatan negara dan doktrin kekuasaan akan mencapai kemenangan dengan menundukkan kekuatan lawan dengan kekerasan.
Tuesday, July 11, 2006
China
1. Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah obsessi sejagat orang China.
2. Mereka bergantung kepada keberanian, kepakaran dan keusahawaan sendiri.
3. Orang Cina belajar dari sejarah bahawa kekayaan menjadi selamat apabila sikaya tidak menunjukkan minat atau keinginan untuk memperolehi kuasa.
Friday, July 07, 2006
Perbandingan Ugama
Wednesday, June 28, 2006
Aljazair
FIS Menurut Lisa Anderson
Friday, June 23, 2006
Pengakuan Seorang Hitman
Friday, June 16, 2006
Kesatuan Ugama
Saturday, June 10, 2006
Nasr dan Kesatuan Ugama
Sayyed Hosein Nasr pernah berkata, karya Schouon bagaikan hadiah dari langit.
Nasr pulak mengungkapkan bahawa semua agama yang masih hidup atau telah mati adalah merupakan different theophanies of the same truth. Nasr juga mengatakan adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan keadilan tuhan untuk membiarkan agama-agama dunia berada dalam kesesatan selama beribu-ribu tahun, pada hal berjuta-juta manusia mencari keselamatan dan petunjuk dari agama berkenaan. Maka dengan demikian, pluralisme agama adalah kehendak tuhan dan natijahnya semua agama adalah benar dan sah.
Akan datang saya akan mengungkapkan pandangan dari Ismail Faruqi dan Naguib Al attas yang menyanggah faham ini.
Sampai ketemui lagi.
Transenden Ugama
Sayyed Hosein Nasr pernah berkata, karya Schouon bagaikan hadiah dari langit.
Nasr pulak mengungkapkan bahawa semua agama yang masih hidup atau telah mati adalah merupakan different theophanies of the same truth. Nasr juga mengatakan adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan keadilan tuhan untuk membiarkan agama-agama dunia berada dalam kesesatan selama beribu-ribu tahun, pada hal berjuta-juta manusia mencari keselamatan dan petunjuk dari agama berkenaan. Maka dengan demikian, pluralisme agama adalah kehendak tuhan dan natijahnya semua agama adalah benar dan sah.
Akan datang saya akan mengungkapkan pandangan dari Ismail Faruqi dan Naguib Al attas yang menyanggah faham ini.
Sampai ketemui lagi.
Tuesday, June 06, 2006
Pluralisma Agama
Edisi yang saya baca ialah Tahun 1, No.3, September -November 2004. Edisi ini membicarakan secara meluas dan teliti tentang pluralisme agama, yang mengandungi artikel tentang pandangan pencetus fahaman ini seperti Fritjof Schuon, Rene Guenon dan Sayyed Hossein Nasr. Juga mengandungi pandangan sanggahan kepada faham ini dari Prof.Dr. S.M.Naguib al Attas.
Saya akan serba sedikit menurunkan di sini tentang beberapa pandangan tentang faham pluralisme agama, dari majalah yang diterbitkan tiga tahun sekali ini. Apa kaitan antara pluralisme agama dengan Majlis perhubungan agama-agama.
Pluralisme agama menganggap semua agama adalah sama, semuanya adalah sah dan benar. Sebenarnya dalam fahaman ini terdapat dua pemikiran yang saling bertentangan, yakni faham Teologi Global ( global Theology) dan faham Kesatuan Transenden Ugama ( Transcendent Unity of Religion ).
Diantara perbedaan besar diantara dua mazhab ini ialah Teologi Global mempercayai bahawa semua agama harus dileburkan dan disesuaikan dengan kemodenan. Dan semua agama berevolusi dan akan saling mendekati antara satu sama lain dan akhirnya tiada perbedaan antara agama-agama, lalu semua agama akan bersatu. Pendokong berat faham ini ( mazhab ini) ialah John Hick, wilfred Cantwell Smith, Hassan Askari ( dari Islam), Masau Abe ( Buddha), Ramchandra Gandhi ( Hindu), Kushdeva Singh ( Sikh), Wifred Cantwell Smith ( Kristen) dan Leo Trapp ( Yahudi).
Sementara mazhab Kesatuan Transenden Agama mempercayai sebaliknya, iaitu ugama tidak boleh diubah, tetapi beranggapan setiap agama mempunyai tradisi sakral yang perlu dihidupkan dan dipelihara secara adil, tanpa melebihkan salah satu agama. Agama adalah jalan-jalan berlainan yang menghantar kepuncak yang sama.( all path lead to the same summit). Kelompok ini memperkenalkan konsep yang dipanggil Filsafat Abadi atau Primordial Tradition atau Religio Perennis. Konsep ini adalah sememangnya wujud sejak dulu lagi dan merupakan suatu yang bersemi dalam setiap agama. Dalam Hindu disebut sanata dharma. Dalam Islam disebut Alhikmah al Khalidah. Mereka juga menggelar faham mereka sebagai Tradisionalis. Tokoh yang mendokong faham persamaaan agama ini ialah Rene Geunon, T.S. Elliot, Fritjhof Schuon, Sayyeh Hossein Nasr, Louiss Massignon, William Chittick dan ramai lagi.
Akan ku titipkan lagi perkara ini selanjutnya selepas ini.
Sampai ketemui lagi.