Monday, August 29, 2016

Seakan menjadi tradisi atau lumrahnya, setiap belahan parti politik akan mengundang petaka fitnah menfitnah persis guyonan hujan lebat yang membasahi bumi. semuanya basah,becak dan menggigil kesejukan. Tak ada yang muhasabah diri dan mengaku kesilapan sendiri. Semua pihak menuding dan menghulur penumbuk kepada saingannya, walhal asalnya mereka bersatu, seguru dan wahdatul fikri.  Walhal asalnya mereka menggenggam Tali Allah yang maha suci kudus dan berkah.  Tapi mengapa manusia yang bergelar pejuang ini bantrakan dan tembak menembak tanpa ampun. Fitnah mefitnah mengalahkan kejahatan yahudi. Lalau apa lagi yang bisa dipamerkan tentang gerakan islam dan perjuangan yang maha suci.  semuanya bertindak seperti samseng jalanan dan tak ubah persis gelandangan parti sekular.

nampaknya jenama islam hanyalah pembungkusan indah dan kudus buat sebuah kebejatan.

Wednesday, December 16, 2015

Kabus Sampai Hari Akhir

Kalau dulu, melihat perpecahan jamaah Islam di merata dunia, boleh menimbulkan kehairanan yang bukan kepalang.  Malah bisa kecewa berat. Fikiran berputar-putar mencari faham, kenapa jamaah Islam yang berpandukan al qur`an boleh berpecah dari dalam. Kenapa menghilangnya tali Allah. Kenapanya menghilangnya kalimat alqur`an yang selalu dijulang sebagai dustur tertinggi.

Bantrakan yang berlaku pada jamaah di Mesir, Tunisia, Iraq, Palestin, Syria, Pakistan dan Indonesia sangat memilukan.  Apa sudah jadi.  Apa tidak cukup islami kah mereka itu. Semuanya menjadi tanda tanya tertinggi.

Hari ini, petaka persis ini berlaku di hadapan rumah kita. Jamaah yang disegani kawan dan lawan akhirnya terbelah dua dengan luka-luka yang mengaibkan. Tuduhan melulu seberang menyeberang tanpa segan silu. Semuanya mengangkat penumbuk dan teriakan, menuduh lawan pengkhianat atau lupa daratan.

Ini semua melebarkan lagi kebingongan rakyat kecil bawahan yang dambakan kesatuan khittah awal perjuangan. Tidak ada sebarang samar-samar kelumit cahaya perubahan kebaikan dalam kabus perpecahan jamaah Islam di tanah air ku sendiri.

Apakah kabus kegelapan masih akan terus berkabus sampai hari-hari akhir dunia.
Wallahu`alam.


Monday, June 29, 2015

Merasa Semakin Bodoh

Kata orang, air yang berkocak tidak bisa dimanafaatkan.  Bersabarlah untuk beberapa detik.  Nanti apabila air kembali tenang dan bening, kelak menjadi jernih dan berseni.  Saat itu air yang sangat berharga bisa digunakan samada untuk minum atau menyucikan.

Benar.  Apabila jamaah dalam keributan, kericuhan dan huruhara, kelihatannya sangat kejam dan buas. Semua orang yang terkepung menjadi bising dan meronta ingin keluar.  Apalagi apabila ada gamitan dari mereka yang berada di luar.  Tidak salah bukan.  

Persoalannya, mereka yang selama ini kelihatan terhormat dan sopan susila, tiba-tiba mencakar dan beradu lidah dengan amarah atau egoik.  Menuduh dan mefitnah tanpa ampun, sesama sendiri.  Sedangkan selama ini mereka terdidik dan bersatu dalam wahdatul fikri. Mengusung perjuangan, mendobrak langit, memecah awan. Semuanya di atas nama perjuangan menegak kebenaran, melawan tirani dan penghambaan manusia ke atas manusia.

Kejelekan dan kebencian semua yang berbau keburukan di pihak lawan di hamburkan kepada rakyat, bahawa rakyat bisa makmur, damai dan menikmati kehidupan ini dengan menjauhi tirani, atau penguasa yang meperbodohkan rakyat sebuas- buasnya.

Namun hari ini, semuanya terbuka, bahawa manusia berjuang jugak  adalah mesin yang bisa bantrakan, pecah dan macet justeru hal-hal yang sepele. kerana mereka adalah manusia yang masih manusia, meski bernuasa agamais atau profesionalis.

Akhirnya rakyat kebingongan atau menjadi lebih bodoh melihat tragedi ini. Pada siapa mahu disalahkan, seandainya suatu masa nanti rakyat merasa bosan, marah, meluat, jelek dengan manusia-manusia yang sedang berlawan di angkasa ini. Lalu memilih jalan sendiri yang sesat dan menyesatkan.

Tuesday, March 03, 2015

"Di kalangan manusia ada binatang, di kalangan binatang tidak ada manusia"

Kemelut dalam parti politik diseluruh dunia adalah garam perjuangan. Tidak kira parti politik berideologi apa pun. Garis-garis besar haluan parti tidak cukup untuk mendisiplin ahlinya,kerana ahlinya adalah manusia yang tetap manusia. 

Manusia selalunya mudah bermutasi menhaden binatang yang nyaman hidup di hutan rimba dan menjadi ganas dan serakah bila kelaparan, Lalu benar Almarhum Hamka pernah menyebut "Di kalangan manusia ada binatang, tapi di kalangan binatang tidak ada manusia".

Sebuah parti politik mana pun, terpaksa berdepan dengan manusia yang bermutasi menjadi binatang, kerana hanya makhluk binatang terpaksa berlawan dan mencederakan ketuanya untuk merebut koloni.  Lihat lah koloni monyet, koloni singa dan banyak lagi.  Si jantan yang syok sendiri, merasa bijak dan punya pengikut bercita-cita untuk merebut kuasa. Mata tajamnya melihat dan mentafsir bahawa Sang Ketua sudah lemah dan liabiliti. Lalu mereka menyerang dan melukai Sang Ketua tanpa ampun.  

Parti politik yang lahir dari padang demokrasi memungkinkan tragedi ini berlaku.  Perpecahan dan kehancuran akan menyebabkan semuanya menjadi arang dan abu. Lalu Socrates mengatakan "Demokrasi akan mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin".


Saturday, October 11, 2014

Ulil dan liberalisma lagi!

Ulil Abshar Abdalla seorang pemberani. Dia pendekar yang sanggup berdepan dada dengan siapa saja.  Sama ada yang bersikap tajam dengannya atau yang bertoleran.  Inilah ciri khas semua pendekar atau aktivis Islam Liberal, termasuk hamba Allah ini. Termasuk Dr.Musdah Mulia, yang terlepas beraksi di Malaysia baru-baru ini.

Malang buat Bapak Ulil, nasibnya tidak semulia Ibu Musdah Mulia. Bapak Ulil dinafikan untuk melantun bicara segala pemikiran liberalnya di Malaysia. Ulil tidak dibenarkan untuk membuka segala kredo dan doktrin liberalnya diatas nama pembaharuan ugama.

Islam liberal dianggap anasir murtad di Malaysia, jugak di Indonesia. Tetapi bedanya di Indonesia, kebijakan negara mengamalkan keterbukaan membolehkan semua pihak yang bertentangan berhak mengemukakan pandangan. Tapi tidak di Malaysia. Hanya pihak berwenang saja berkuasa penuh dan bebas beragitasi, bebas menuduh dan bebas menghujat setiap yang berseberangan.

Lalu Islam Liberal memang dituduh sesat dan menyesatkan di semua lapangan dan ruang, baik di masjid, surau, universiti, tv dan media. Tapi seronok menuduh dan memvonis tanpa lawan. Rakyat diberitahu bahawa Islam Liberal sesat berdasarkan alquran dan sunnah..

Tidak ada ruang untuk ulil atau mana- mana pendekar liberal mempertahankan fahaman darahdagingnya. Malaysia dan ummahnya tidak mengizinkannya, dengan seribu alasan. Meski penganut liberal bertaburan di Malaysia, mereka juga tidak punya sekelumit hak menpertahankan, apa lagi melebar kepercayaan mereka.

Ulil, Malaysia bukan Indonesia. Bertahanlah.

Monday, September 22, 2014

MB Selangor yang tercabar!

Seperti yang diramalkan senyap-senyap, akhirnya pilihan paling mudah ialah YB Azmin Ali menjadi pengganti Tan Sri Khalid. Boleh diterima oleh semua pihak dalam PR. Hanya UMNO saja pasti mengejek pilihan terakhir ini dan pada masa yang sama memuji memuja TS Khalid.

Tidak pernah dalam sejarah, UMNO bergila gila dengan pimpinan parti lawan sampai sekelumit ahlinya berdemo cinta kaseh kepada TS Khalid.  Selalunya, disebalik mee ada udang. Sebab itu mee udang sedap, masyhur dan laris.

Biarkan UMNO dengan labu- labunya.

Sesuatu yang pasti YB Azmin bukan boleh tidur nyenyak dan berselesa di kerusi MB.  Cabaran getir dan berbungkah masaalah sedang siap untuk dihempas di batu jemalanya. Hanya manusia yang sangat istimewa dan terkuat boleh lepas dari cabaran-cabaran Selangor.

Bersiaplah untuk menghadapi dan berdepan secara telanjang dengan gugatan UMNO yang akan berusaha memusnahkan atau menggoyangkan kerusinya.  Bersiaplah untuk menghadapi kerenah istana dan konglomerat Selangor.  Mungkin juga perlu waspada dengan cucukan jarum halus dalam selimut Pakatan Rakyat.

Bersiaplah YB Azmin, isu akan dipabrikasi dari masa kesemasa, selagi Selangor tidak jatuh di tangan samseng UMNO.  Mereka berjaya melakukannya di Perak,  pasti mereka boleh berjaya di mana mana.

Sangat malang DS Anwar Ibrahim, seluruh instrumen kerajaan tidak menyebelahi anda, malah sebagai pahlawan saudara Anwar terpaksa menghadapi ini dengan jiwa terbuka dan memaafkan.  Tetap mengkagumi seorang bernama Anuar Ibrahim.

Selamat Reformasi buat MB Selangor.

Thursday, August 14, 2014

Khalid dan Selangor

Sebelum ini DS Khalid Ibrahim tidak kelihatan seperti seorang politikus. Dia lebih bergaya sebagai pentadbir, yang kelihatan tidak menghiraukan isu isu politik yang bergelegak disekelilingnya. Dia hanya mentadbir dan mentadbir negeri yang kaya ini.

Apalah malangnya, akhir akhir ini sang maestro ini dianggap duri dalam daging yang boleh mencederakan perjalanan perjuangan keadilan. Dipaksa turun dari takhta MB, tapi rupanya jagoan ini telah menyising lengan untuk melawan.  Akhirnya DS dipecat dari parti.  Seribu alasan perlu dikeluarkan untuk menjustifikasikan tindakan berani mati ini.

Bagai diramalkan ramai orang bahawa tragedi ini boleh memecahbelahkan kesepakatan PR. Sesuatu yang diusahakan bertahun-tahun oleh pemerintah tapi tidak berjaya.  Tapi kali ini, PR akan berdepan dengan musibah yang digali sendiri.

Pasti pemerintah sedang mengumpul strategi untuk mengeksploitasi keadaan yang sedang huruhara dengan sebaik mungkin kerana politik adalah perang kebijaksanaan. 

Pakatan Rakyat wajar melupakan hal hal sepele demi untuk kelangsungan perjuangan.  Apa pun berlaku selepas ini, seandainya Pakatan Rakyat berpecah, itulah kemenangan UMNO.