Tuesday, March 03, 2015

"Di kalangan manusia ada binatang, di kalangan binatang tidak ada manusia"

Kemelut dalam parti politik diseluruh dunia adalah garam perjuangan. Tidak kira parti politik berideologi apa pun. Garis-garis besar haluan parti tidak cukup untuk mendisiplin ahlinya,kerana ahlinya adalah manusia yang tetap manusia. 

Manusia selalunya mudah bermutasi menhaden binatang yang nyaman hidup di hutan rimba dan menjadi ganas dan serakah bila kelaparan, Lalu benar Almarhum Hamka pernah menyebut "Di kalangan manusia ada binatang, tapi di kalangan binatang tidak ada manusia".

Sebuah parti politik mana pun, terpaksa berdepan dengan manusia yang bermutasi menjadi binatang, kerana hanya makhluk binatang terpaksa berlawan dan mencederakan ketuanya untuk merebut koloni.  Lihat lah koloni monyet, koloni singa dan banyak lagi.  Si jantan yang syok sendiri, merasa bijak dan punya pengikut bercita-cita untuk merebut kuasa. Mata tajamnya melihat dan mentafsir bahawa Sang Ketua sudah lemah dan liabiliti. Lalu mereka menyerang dan melukai Sang Ketua tanpa ampun.  

Parti politik yang lahir dari padang demokrasi memungkinkan tragedi ini berlaku.  Perpecahan dan kehancuran akan menyebabkan semuanya menjadi arang dan abu. Lalu Socrates mengatakan "Demokrasi akan mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin".


Saturday, October 11, 2014

Ulil dan liberalisma lagi!

Ulil Abshar Abdalla seorang pemberani. Dia pendekar yang sanggup berdepan dada dengan siapa saja.  Sama ada yang bersikap tajam dengannya atau yang bertoleran.  Inilah ciri khas semua pendekar atau aktivis Islam Liberal, termasuk hamba Allah ini. Termasuk Dr.Musdah Mulia, yang terlepas beraksi di Malaysia baru-baru ini.

Malang buat Bapak Ulil, nasibnya tidak semulia Ibu Musdah Mulia. Bapak Ulil dinafikan untuk melantun bicara segala pemikiran liberalnya di Malaysia. Ulil tidak dibenarkan untuk membuka segala kredo dan doktrin liberalnya diatas nama pembaharuan ugama.

Islam liberal dianggap anasir murtad di Malaysia, jugak di Indonesia. Tetapi bedanya di Indonesia, kebijakan negara mengamalkan keterbukaan membolehkan semua pihak yang bertentangan berhak mengemukakan pandangan. Tapi tidak di Malaysia. Hanya pihak berwenang saja berkuasa penuh dan bebas beragitasi, bebas menuduh dan bebas menghujat setiap yang berseberangan.

Lalu Islam Liberal memang dituduh sesat dan menyesatkan di semua lapangan dan ruang, baik di masjid, surau, universiti, tv dan media. Tapi seronok menuduh dan memvonis tanpa lawan. Rakyat diberitahu bahawa Islam Liberal sesat berdasarkan alquran dan sunnah..

Tidak ada ruang untuk ulil atau mana- mana pendekar liberal mempertahankan fahaman darahdagingnya. Malaysia dan ummahnya tidak mengizinkannya, dengan seribu alasan. Meski penganut liberal bertaburan di Malaysia, mereka juga tidak punya sekelumit hak menpertahankan, apa lagi melebar kepercayaan mereka.

Ulil, Malaysia bukan Indonesia. Bertahanlah.

Monday, September 22, 2014

MB Selangor yang tercabar!

Seperti yang diramalkan senyap-senyap, akhirnya pilihan paling mudah ialah YB Azmin Ali menjadi pengganti Tan Sri Khalid. Boleh diterima oleh semua pihak dalam PR. Hanya UMNO saja pasti mengejek pilihan terakhir ini dan pada masa yang sama memuji memuja TS Khalid.

Tidak pernah dalam sejarah, UMNO bergila gila dengan pimpinan parti lawan sampai sekelumit ahlinya berdemo cinta kaseh kepada TS Khalid.  Selalunya, disebalik mee ada udang. Sebab itu mee udang sedap, masyhur dan laris.

Biarkan UMNO dengan labu- labunya.

Sesuatu yang pasti YB Azmin bukan boleh tidur nyenyak dan berselesa di kerusi MB.  Cabaran getir dan berbungkah masaalah sedang siap untuk dihempas di batu jemalanya. Hanya manusia yang sangat istimewa dan terkuat boleh lepas dari cabaran-cabaran Selangor.

Bersiaplah untuk menghadapi dan berdepan secara telanjang dengan gugatan UMNO yang akan berusaha memusnahkan atau menggoyangkan kerusinya.  Bersiaplah untuk menghadapi kerenah istana dan konglomerat Selangor.  Mungkin juga perlu waspada dengan cucukan jarum halus dalam selimut Pakatan Rakyat.

Bersiaplah YB Azmin, isu akan dipabrikasi dari masa kesemasa, selagi Selangor tidak jatuh di tangan samseng UMNO.  Mereka berjaya melakukannya di Perak,  pasti mereka boleh berjaya di mana mana.

Sangat malang DS Anwar Ibrahim, seluruh instrumen kerajaan tidak menyebelahi anda, malah sebagai pahlawan saudara Anwar terpaksa menghadapi ini dengan jiwa terbuka dan memaafkan.  Tetap mengkagumi seorang bernama Anuar Ibrahim.

Selamat Reformasi buat MB Selangor.

Thursday, August 14, 2014

Khalid dan Selangor

Sebelum ini DS Khalid Ibrahim tidak kelihatan seperti seorang politikus. Dia lebih bergaya sebagai pentadbir, yang kelihatan tidak menghiraukan isu isu politik yang bergelegak disekelilingnya. Dia hanya mentadbir dan mentadbir negeri yang kaya ini.

Apalah malangnya, akhir akhir ini sang maestro ini dianggap duri dalam daging yang boleh mencederakan perjalanan perjuangan keadilan. Dipaksa turun dari takhta MB, tapi rupanya jagoan ini telah menyising lengan untuk melawan.  Akhirnya DS dipecat dari parti.  Seribu alasan perlu dikeluarkan untuk menjustifikasikan tindakan berani mati ini.

Bagai diramalkan ramai orang bahawa tragedi ini boleh memecahbelahkan kesepakatan PR. Sesuatu yang diusahakan bertahun-tahun oleh pemerintah tapi tidak berjaya.  Tapi kali ini, PR akan berdepan dengan musibah yang digali sendiri.

Pasti pemerintah sedang mengumpul strategi untuk mengeksploitasi keadaan yang sedang huruhara dengan sebaik mungkin kerana politik adalah perang kebijaksanaan. 

Pakatan Rakyat wajar melupakan hal hal sepele demi untuk kelangsungan perjuangan.  Apa pun berlaku selepas ini, seandainya Pakatan Rakyat berpecah, itulah kemenangan UMNO.

Friday, July 25, 2014

Benarkah Aku Beramal Di Ramadan 2014

Ramadan 2014 pasti beransur pergi, memboyong segala kemurahan rahmat, pengampunan dan pembebasan ummat dari tuhan.  Apakah manusia benar- benar merebut tawaran gratis yang mega ini atau masih pekak dan bisu tanpa peduli. Terserah.

Pasti ada mereka yang berjuang bermati mati untuk mengumpul dana akhirah ini, pasti ada yang hanya mampu berdesah dan berharap ketemui ramadan tahun depan kerana tahun ini masih gagal bergiat sepenuhnya merebut peluang.  Pasti ada yang kebal ramadan, tidak merasakan apa apa gelumbang keberkatan ramadan.

Maka beruntunglah siapa-siapa yang dipilih tuhan untuk beramal di bulan pahala berganda ini.  Mereka dipermudah tuhan untuk solat wajib, solat sunat, membaca qur'an, berwirid, bersedekah dan sebagainya.

Alangkah malangnya mereka merentasi ramadan tanpa mendapat keampunan dan pembebasan dari Allah.

Sang guru mengkuliahkan bahawa kerahmatan ramadan hanya tertuang kepada mereka yang menenuhi syarat pengabdian. Kelayakan pertama ialah mereka yang bersihdiri dari segala dosa dengan taubat yang sah.

Taubat menjadi sah apabila segala rukun taubat dipenuhi. Segala hak dikembalikan kepada semua yang dikianati, termasuk mengkianati solat fardhu.  Maksudnya, segala solat fardhu yang ditinggalkan sejak catatan rakib dan atiq tertulis wajib diqadha.

Maka kewajiban mengqadha solat yang diabaikan dengan sengaja menjadi fardhu wajib, seperti wajibnya bertaubat.  Ujar Sang Guru, selagi tidak melunasi solat fardhu yang ditinggalkan suatu masa dulu, dosa tetap mengalir sampai disempurnakan. Penyucian dosa tertangguh kerana syarat rukun taubat itu tidak terlaksana.

Alangkah malang bagi mereka yang sibuk mengejar amalan solat sunat tanpa mempeduli solat qadha yang wajib ini. Solat sunat hanya bermanafaat buat mereka yang telah sempurna solat wajibnya.  Walhal mengerjakan solat qadha ganjarannya lebih besar dari ganjaran solat sunat terutama di ramadan yang mulia ini.

Hairan, mereka begitu rajin mengerjakan solat sunat seperti tarawih, dhuha dan sebagainya tapi malas mengerjakan solat qadha fardhu kerana beramal mengikut  tradisi tanpa ilmu.

Sang guru menambah lagi, qadha solat sampai habis segala hutang fardhu. Seandainya tuhan menjemput kita sebelum selesai segala hutang solat disempurnakan, insyaallah tuhan tahu keupayaan dan keterbasan kita, lalu kita digiring ke jannah.

Semuga ramadan memutihkan kita dengan kesedaran dan istiqamah kekal.  Wallahu'alam.

Benarkah Aku Beramal Di Ramadan 2014

Ramadan 2014 pasti beransur pergi, memboyong segala kemurahan rahmat, pengampunan dan pembebasan ummat dari tuhan.  Apakah manusia benar- benar merebut tawaran gratis yang mega ini atau masih pekak dan bisu tanpa peduli. Terserah.

Pasti ada mereka yang berjuang bermati mati untuk mengumpul dana akhirah ini, pasti ada yang hanya mampu berdesah dan berharap ketemui ramadan tahun depan kerana tahun ini masih gagal bergiat sepenuhnya merebut peluang.  Pasti ada yang kebal ramadan, tidak merasakan apa apa gelumbang keberkatan ramadan.

Maka beruntunglah siapa-siapa yang dipilih tuhan untuk beramal di bulan pahala berganda ini.  Mereka dipermudah tuhan untuk solat wajib, solat sunat, membaca qur'an, berwirid, bersedekah dan sebagainya.

Alangkah malangnya mereka merentasi ramadan tanpa mendapat keampunan dan pembebasan dari Allah.

Sang guru mengkuliahkan bahawa kerahmatan ramadan hanya tertuang kepada mereka yang menenuhi syarat pengabdian. Kelayakan pertama ialah mereka yang bersihdiri dari segala dosa dengan taubat yang sah.

Taubat menjadi sah apabila segala rukun taubat dipenuhi. Segala hak dikembalikan kepada semua yang dikianati, termasuk mengkianati solat fardhu.  Maksudnya, segala solat fardhu yang ditinggalkan sejak catatan rakib dan atiq tertulis wajib diqadha.

Maka kewajiban mengqadha solat yang diabaikan dengan sengaja menjadi fardhu wajib, seperti wajibnya bertaubat.  Ujar Sang Guru, selagi tidak melunasi solat fardhu yang ditinggalkan suatu masa dulu, dosa tetap mengalir sampai disempurnakan. Penyucian dosa tertangguh kerana syarat rukun taubat itu tidak terlaksana.

Alangkah malang bagi mereka yang sibuk mengejar amalan solat sunat tanpa mempeduli solat qadha yang wajib ini. Solat sunat hanya bermanafaat buat mereka yang telah sempurna solat wajibnya.  Walhal mengerjakan solat qadha ganjarannya lebih besar dari ganjaran solat sunat terutama di ramadan yang mulia ini.

Hairan, mereka begitu rajin mengerjakan solat sunat seperti tarawih, dhuha dan sebagainya tapi malas mengerjakan solat qadha fardhu kerana beramal mengikut  tradisi tanpa ilmu.

Sang guru menambah lagi, qadha solat sampai habis segala hutang fardhu. Seandainya tuhan menjemput kita sebelum selesai segala hutang solat disempurnakan, insyaallah tuhan tahu keupayaan dan keterbasan kita, lalu kita digiring ke jannah.

Semuga ramadan memutihkan kita dengan kesedaran dan istiqamah kekal.  Wallahu'alam.

Wednesday, June 04, 2014

Dyana menang!

Dyana kalah dalam berjuang bererti menang sebagai pejuang hakiki.  Tapi DAP berjaya menzahirkan misi dan visinya sebagai parti bukan perkauman. Mereka sangat teliti dan meletak standard yang tinggi untuk calon yang mewakili wadahnya.  Berusaha mengikis pandangan usang di kalangan kaum cina dan kaum lain bahawa roket ini bukan wadah cina.

Suatu kejayaan besar  yang tidak mampu dinafikan oleh pihak mana pun, DAP menang sebenarnya dengan bergaya, elegan dan terhormat. Cuma kita tidak pasti apakah seorang Dyana, gadis sunti yang cantik tapi modernis mampu bertahan dalam sebuah parti yang kencang dan kekal anti syariat yang menjadi anutannya. Kecuali Dyana seorang liberal.

Monday, May 19, 2014

Kenangan di Surau ABIM

Dalam perjalanan ke Lojing, singgah bermalam di sebuah hotel di Bandar Gua Musang berdekatan sebuah surau yang mencatit kenangan suatu waktu dulu.

Puluhan tahun dulu, semasa bertugas di bandar ini segalanya menjadi kenangan yang sangat manis meski dalam kesusahan kerana bandar ini masih terkucil, mundur dan serba kekurangan. Jalan tanah berdebu, kedai kedai kayu dan tiada siaran TV.

Usrah ABIM diadakan disurau inilah , ceramah PAS di merata tempat terutama di Sungai Terah, kuliah fardhu ain di Masjid Gua Musang.  Hanya dengan bermotor, kami bergelandangan mencari taman syurga, yakni majlis ilmu.

Akhirnya surau kecil binaan kayu ini dikenal surau ABIM.  Sekarang surau ini telah diganti dengan batu dan dinaiktaraf menjadi masjid.  Apabila mengunjunginya segala kenangan lalu terbau kembali. Bau hamis air paya bertakung bercampur bau debu tanah merah berbaur  , mengingatkan kembali bait bait syarahan Ustaz Ibrahim yang disampaikan menusuk di kalbu kami.

Gua Musang adalah sebahagia dari hidupku yang tercatat di sukma ku.

Saturday, May 10, 2014

Taubat yang selalu salah!

Bertaubat adalah anugerah tuhan buat manusia terpilih yang tersasar atau kecundang dalam kehidupan berimannya.  Tapi selalunya kita tersasar lagi dalam usaha mengubah diri atau kem bali kepada tuhan. Justeru pengembalian ini tidak dipimpin ilmu yang benar atau jalan tersusun. 

Mencari ilmu dan pedoman menjadi kewajipan pertama dan utama untuk pulang kepada tuhan.

Saturday, April 26, 2014

Hudud lagi!

Yang dikatakan berhalangan untuk melaksanakannya adalah kerajaan negeri, sementara kerajaan pusat tiada sebab untuk tidak melaksanakannya, kerana kekuasaan itu sangat tuntas.  Setelah puluhan tahun apakah rakyat masih belum sempurna faham atau sememangnya tidak pernah diberi faham.

Apakah otoritas tidak pernah berhasrat untuk melaksanakanya kerana atau seperti yang pernah dinafirikan beberapa kali, malah mengancam akan melawan dengan kekuatan kerajaan pada mana- mana pihak yang berani untuk melaksanakannya.

Tunggulah bahawa kamu pejuang islam akan berdepan dengan sanak saudara mu dalam perjuangan ini. Lantaran Rasul dan sahabatnya terdahulu telah mengalaminya.

Monday, March 24, 2014

MH370

Sejurus selepas hakim atau negara menjatuh hukuman kepada Sang Anuar, negara diragut dengan tragedi MH370. Apakah semuanya kebetulan. Tidak. Justeru apa pun yang berlaku di jagat alam raya ini dalam susunan Allah S.w.t.  Banyak perkara dalam dunia ini tidak mampu ditilik oleh aqal, lalu kita selalu diminta memulangkannya kepada tuhan yang menggenggam seluruh kejadian.

Tarikh ini, 24.3.2014 pasti menjadi igauan seluruh umat Malaysia.

Sunday, February 02, 2014

Menumbuk Kajang

Mereka marah-marah
entah pada siapa
pada dada sendiri
atau
mereka yang di atasnya.

setan !.

Kajang

Kajang panas dan menggemparkan.  Ada yang panik dan ada yang tersenyum sumbing.  Jugak ada yang seperti dirasuk polong, meronta-ronta dan meracau ke hulu hilir.  Ada jugak seorang dua berlagak pandai dengan hujah sang kelembai. 

Kita bukan baru dan mentah dalam pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil.  Rasanya ummat Malaysia sangat masak, berpengentahuan dan mendalam  memahami alam persilatan politik tanahair ini. Bukankah sudah terlalu lama dan terlalu banyak kita berdepan dengan aktor politik yang immoral, ganas, penipu, tamak, rasuah dan pelbagai kejahatan lagi.

Kenapa kali ini ada yang menjadi gilababi, apabila sebuah kerusi di kosongkan. Bukankah ia sebuah jurus rahsia dalam politik untuk mengelirukan lawan. Apakah sebelum ini ada aktor yang lebih kejam, mejatuhkan lawan dengan keluar dari parti lalu bergabung dengan musuh. Bukankah ianya sebuah pengkhianatan. Pengkhianatan kubra yang menyebabkan runtuh sebuah kerajaan.

Politik demokrasi memang menjadi jagat raya manusia menghancurkan manusia lain dengan lidah dan tingkahnya. Tapi ada manusia terpaksa mengharungnya demi mencapai matlamat suci yang sangat tinggi dan lohor.

Apapun beraksilah dengan dada terbuka dan jiwa yang waras wahai bangsaku.

Thursday, January 09, 2014

Opium Kenaikan Harga Barang dan Utiliti

Memang benar ada strategi untuk meredam kemarahan rakyat dengan mengalih kemarahan itu kepada perkara lain yang lebih sensitif.  Perkara paling baik ialah mengobarkan tentang isu keugamaan. Orang melayu mudah terusik bila menyentuh tentang raja-raja dan isu artifisial atau ritual dalam peribadatan.

Perkara pokok atau aqidah atau perundangan Islam mereka boleh bungkam dan telan tapi soal ritual mereka menggila tak tentu pasal.  Apa lagi bila ada pihak bijak menghasut dan membesarkanya melalui media atau talibarut pencacai yang konon berjuang diatas nama ugama.

Anihnya mereka hanya berani dan beraksi sendiri tapi takut dan tersipu-sipu untuk berdialog dengan semua pihak. Dan seluruh rakyat diajak untuk mendongeng perkara ini, pada masa yang sama melupakan kesakitan kenaikan semua harga barangan dan utiliti yang sedang mencekik rakyatkecil.

Friday, December 27, 2013

Membaca Rihlah Ibnu Batutah

Membaca buku 'RIHLAH IBNU BATUTAH' membuka minda kita bahawa landscape budaya dan keagamaaan ummat islam zaman dulu berwarna-warna. Ulamak dan para kadi dipandang tinggi, meski ada yang sangat zuhud dan ada yang sangat mewah.  Kebanyakan raja raja dan pembesar hidup penuh kemewahan dan dilimpahi kekayaan emas dan perak serta budak- budak abdi.

Amalan- amalan ugama menjadi acara pestaan dan kebesaran.  Meski kadang kadang penuh dengan pemborosan, khurafat dan bidaah. Patutla gerakan Sheikh Muhammad Abdul Wahab sangat dratis dan keras membuat pembenterasan kepalsuan ugama, yang berlaku di zaman selepas itu . Menyebabkan penguasa dan ulamak menentang dan mefitnah gerakan ini, kerana menyentuh dan menggugat keselesaan yang mereka sedang nikmati selama ini.

Meski pun begitu, catatan Ibnu Batutah jugak menceritakan kehebatan dan kemakmuran ummat Islam dan kebaikan budibahasa raja dan ulamak dalam menyambut tetamu dan pengembara.

Apakah ada lagi Ibnu Batutah di zaman ini.

Friday, November 29, 2013

Yusof Nada

Teks "Yusof Nada Disebalik Ikhwan Muslimin" sangat infomatif.  Seorang yang bekerja di belakang tabir dengan mendanai Ikhwan melalui bisnes pelbagai bidang antarabangsa.  Memiliki bank At Taqwa, syarikat perkapalan, simen, hartanah dan pembinaan.  Terpaksa berhijrah ke Itali dan mempunyai hubungan diplomtik dgn pemimpin dunia.

Akhirnya beliau dituduh tanpa bukti membiayai pengganas oleh Amerika, PBB dan Eropah.  Disiasat, ditahan, digeledah dan aset bank dan perniagaannya dibekukan. 

Yusof mendedahkan konpirasi ini dengan terbuka dan mengemukakan beberapa insiden disebalik beberapa peristiwa dunia yang membabitkan pemimpin dunia. 

Di antara teks yang paling puas hati mengenyamnya. Memulakan buku 'Rihlah Ibnu Batutah'

Monday, November 11, 2013

Bala Dari Tuhan

Mungkin benar apa yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun ratusan tahun dulu, bahawa kenaikan harga barang keperluan rakyat adalah suatu bala mala petaka yang diturunkan tuhan apabila penguasa menzalimi rakyatnya sendiri.  Rakyat menderita keperitan untuk menyambung hidup di dalam sebuah negara yang serba mencekik dan memukul dengan harga mahal berleluasa.

  Apa lagi rakyat kecil, agrarian, para buruh, para penganggur dan mereka yang telanjang kaki.  Mereka yang melihat beras dan gandum seperti emas dan perak.  Mereka tidak nyaman tidur dalam malam yang sangat gulita dan menderita.  Mana bisa tidur kalau perutnya ,perut isteri dan perut anak-anaknya bergelombang kelaparan.

Setiap suapan nasi kosong sangat mahal.  Setiap nafas yang dihembus terlalu berharga dan mahal justeru semua bil-bil mendadak naik, mungkin naik lagi di atas nama pembangunan untuk rakyat.

Salah siapakah wahai marhaen.  Salah pemerintah ?.  Salah pedagang penghisap darah?.  Atau salah kamu yang selalu bersikap bodoh dan selalu dibodohkan.

Dengarlah kata dari buku M. Natsir bahawa firaun itu menjadi sangat firaun kerana rakyatnya takut untuk mengatakan tidak kepada firaun.

Friday, November 08, 2013

Ibn Khaldun

Wisata Thailand

Berada dlm hingarbingar dirumahrakit sungai kwai sangat kacau.  Manusia yang menurut hawanafsu menjadikan dunia ini milik kejahatan mereka.  Mereka menari dan bergoyang brutal dengan berlapis muzikgila, muzik iblis. Aneh. Bagaimana manusia normal dan bejiwa tinggi bisa menikmati keanehan ini. Apakah kerana sang iblis berjaya menakluk.  Benar manusia menjatuhkan dirinya menjadi makhluk yang lebih rendah dan hina dari binatang.

Sungai Kwai sangat menderita sejak menelan ribuan kepala dan badan buruhpaksa zaman jepun hingga kesetanan manusia zaman kini yang memenuhi rakit di airnya

Saturday, October 26, 2013

Bohong Lagi

Setelah menggertak marah bahawa harga gula tidak akan naik, seorang menteri memberi amaran.  Beberapa hari kemudian PM yang mengutamakan rakyat dengan senyum sumbing mengistiharkan harga gula bakal naik demi untuk menggalakkan pengurangan gula dalam permakanan, nanti rakyat semakin sihat. 

Begitulah setiap kali harga rokok dinaikkan,  pasti dengan alasan kesihatan rakyat.  Sedangkan statistik pengeluaran rokok semakin meningkat bukan menurun dari tahun ke tahun.

Inilah bahasa kapitalis. Meraut keuntungan dari penderitaan rakyat kecil. Selalunya dalam dunia ketiga sang kapitalis penghisap darah sangat akrab dengan penguasa negeri.  Mereka bersekutu dan saling kekenyangan melahap keringat rakyat.

Apakah rakyat tanah ini masih bisa bersorak gempita di atas penindasan ini.